SEMAK BACAAN AL-FATIHAH DI RERUAI JAKIM TARIK MINAT PENGUNJUNG PMR 2025 PERAK
Prihatin terhadap kepentingan bacaan al-Fatihah yang merupakan rukun solat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil inisiatif mengadakan sesi semakan bacaan al-Fatihah sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Perak di Lumut Waterfront, bagi memberi peluang kepada orang ramai menilai ketepatan bacaan masing-masing.
Penolong Pensyarah Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mohd Husni Shafii (kanan), membimbing pengunjung menyemak bacaan ayat al-Quran dengan sebutan yang betul di reruai JAKIM sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Perak di Lumut Waterfront, hari ini. — fotoBERNAMA
LUMUT: Membaca al-Fatihah merupakan rukun solat, namun masih ada dalam kalangan umat Islam tidak menyedari bahawa kesalahan sebutan dalam surah berkenaan boleh menjejaskan kesempurnaan ibadah fardu itu.
Prihatin terhadap kepentingan itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil inisiatif mengadakan sesi semakan bacaan al-Fatihah sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Perak di Lumut Waterfront, bagi memberi peluang kepada orang ramai menilai ketepatan bacaan masing-masing.
Penolong Pensyarah Darul Quran JAKIM Mohd Husni Shafii berkata semakan secara bersemuka itu bertujuan membantu umat Islam mengenal pasti kesalahan kecil mahupun besar dalam bacaan, berdasarkan Rasm Uthmani yang lazimnya digunakan di negara ini.
“Antara kesalahan lazim termasuk sukar menyebut huruf ḍad (dod) dan mereka menukarnya kepada huruf dal. Ini adalah kesalahan besar apabila menukar huruf yang betul kepada huruf lain,” katanya kepada Bernama hari ini.
Mohd Husni turut berharap supaya inisiatif JAKIM ini dapat terus dimanfaatkan orang ramai dalam kehidupan seharian selepas mengenal pasti kesilapan yang dilakukan mereka dalam bacaan surah al-Fatihah.
“Saya harap selepas ini mereka teruskan lagi pengajian al-Quran dengan guru-guru bertauliah,” katanya.
Beliau berkata sambutan pengunjung amat menggalakkan dengan lebih 40 orang hadir sejak pagi sekali gus mencerminkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memperbaiki bacaan al-Quran, khususnya dalam konteks solat harian.
Sementara itu, seorang pengunjung Norazwani Yahaya, 43, berkata inisiatif berkenaan merupakan pendedahan yang sangat bermanfaat kerana memberi kesedaran kepadanya, selain dapat memperbetul kesilapan yang dilakukan selama ini.
“Hari ini saya dapat semak bacaan al-Fatihah dan baru sedar ada kesalahan dalam bacaan. Saya akan memanfaatkan serta mengamalkan bacaan yang betul dan turut akan mengajar anak-anak,” katanya yang turut memuji kepakaran pembimbing program berkenaan.
Program semakan bacaan al-Fatihah oleh JAKIM merupakan antara aktiviti interaktif yang diadakan di Pentas Mini (Reruai Kementerian, Agensi dan Kerajaan Negeri) sepanjang PMR 2025 Perak yang bermula hari ini hingga Ahad.
PMR 2025 Perak berlangsung dari 9 pagi hingga 10 malam pada Jumaat dan Sabtu, manakala pada Ahad, program akan berakhir pada 6 petang. Waktu operasi reruai perkhidmatan kerajaan adalah dari 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.
Bertemakan “Pendidikan Tinggi, Pemacu Negara MADANI”, PMR Perak 2025 menampilkan lebih 200 perkhidmatan secara langsung merangkumi sesi perkongsian ilmu, pameran, pemeriksaan kesihatan, khidmat nasihat serta pelbagai aktiviti untuk semua lapisan masyarakat. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked