Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA BELI VAKSIN PFIZER BIONTECH UNTUK KANAK-KANAK 12 TAHUN KE BAWAH

DALAM NEGARA

MALAYSIA BELI VAKSIN PFIZER BIONTECH UNTUK KANAK-KANAK 12 TAHUN KE BAWAH

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal mendapatkan vaksin jenis Pfizer-Biontech untuk diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ketetapan itu selaras keputusan Pentadbiran Makanan Dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat yang mengesahkan status keselamatan vaksin terbabit untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitternya berkata, pihaknya juga akan melihat pilihan vaksin lain yang sesuai seperti Sinovac.

Menjelang pembukaan sekolah November ini, persekitaran persekolahan katanya lebih selamat memandangkan 82.4 peratus daripada remaja menerima satu dos vaksin dan 62 peratus telah menerima vaksin lengkap.

Pada 26 Oktober, Jawatankuasa Penasihat Vaksin FDA telah mengesahkan bahawa vaksin COVID-19 Pfizer boleh digunakan untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.

Pengeluar Pfizer berkata, vaksinnya mempunyai 90 peratus keberkesanan untuk mencegah jangkitan tanpa gejala. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading