MALAYSIA DISERU LANTANG PENGARUHI DUNIA UNTUK PERTAHAN MASJID AL AQSA
“Kami tidak pernah mempersoalkan pendirian rakyat Malaysia yang menyokong Palestin. Tetapi saya meminta supaya terus memberi tekanan kepada negara-negara jiran dalam negara-negara Asia dan negara-negara yang bersahabat dengan Malaysia untuk berkongsi sokongan mereka dan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dan untuk meningkatkan perwakilan Palestin di negara-negara lain,”
Walid Abu Ali ketika sidang media di Kedutaan Palestin.
KUALA LUMPUR: Palestin menyeru Malaysia supaya menggunakan pengaruh serta kelantangannya untuk mengajak dunia bagi mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada serangan rejim Zionis.
Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berkata, serangan sering dilakukan ke atas masjid itu kerana ia dipercayai merupakan sebahagian daripada usaha Israel untuk merampas seluruh kawasan masjid tersebut daripada umat Islam.
“Walaupun dunia mungkin menutup mata terhadap penderitaan Palestin selama beberapa dekad, Malaysia sebaliknya, memilih untuk tidak berdiam diri dengan kebiadaban dan jenayah berterusan tentera dan pendatang Israel pada bulan Ramadan yang mulia ini,”
“Malaysia boleh memainkan peranan di peringkat serantau dan antarabangsa. Malaysia boleh mempengaruhi banyak negara Asia di rantau ini untuk menunjukkan sokongan dan solidariti mereka kepada Palestin,” katanya dalam sidang akhbar di ibu negara.
Tambahnya, kelantangan Malaysia amat jelas, apabila sokongan terhadap Palestin kerap disuarakan di pentas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
“Kami tidak pernah mempersoalkan pendirian rakyat Malaysia yang menyokong Palestin. Tetapi saya meminta supaya terus memberi tekanan kepada negara-negara jiran dalam negara-negara Asia dan negara-negara yang bersahabat dengan Malaysia untuk berkongsi sokongan mereka dan mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara dan untuk meningkatkan perwakilan Palestin di negara-negara lain,” katanya.
Katanya, tanpa pengaruh, kecaman dan gesaan dari negara seperti Malaysia, negara-negara lain akan terus berdiam diri termasuk sekutu Israel.
“Kami sebagai rakyat Palestin ingin bertanya, jika komuniti antarabangsa boleh mengambil tindakan ke atas Rusia berhubung apa yang berlaku di Ukraine, mengapa selama tujuh dekad, mereka tidak pernah serius untuk mengambil tindakan terhadap Israel?”
“Jadi, menjadi tanggungjawab mereka yang yang menyokong Israel untuk menghentikan ketidakadilan, dan bersikap adil dengan Palestin. Kami mahu komuniti antarabangsa memainkan peranan positif dalam melayani kami sama rata seperti negara lain,“ katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Walid merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kerajaan dan rakyatnya atas pendirian yang konsisten dalam konflik Israel-Palestin.
Duta Besar itu berkata kedutaannya juga merakamkan penghargaan kepada Wisma Putra atas sumbangan berjumlah US$50,000 kepada Masjid Al-Aqsa melalui Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Jordan.
Malaysia turut menyumbang sebanyak US$30,000 kepada Kementerian Pendidikan Palestin untuk kemudahan sistem solar di dua sekolah di Tebing Barat iaitu projek kerjasama antara Kedutaan Malaysia di Jordan dan Kementerian Pendidikan Palestin. Ia sebagai tambahan kepada US$44,179 yang diedarkan kepada Global Peace Mission (GPM) Malaysia untuk projek pembinaan semula rumah di Gaza.
“Sekali lagi, Malaysia terbukti sebagai antara penyokong dan pembela paling kuat perjuangan Palestin,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menyarankan rakyat Malaysia yang ingin menyalurkan sumbangan untuk Palestin dan Masjid Al Aqsa untuk berbuat demikian melalui akaun bank sah yang dikendalikan Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).
“Dalam tempoh lima tahun lepas, saya telah menekankan bahawa sebarang sumbangan kepada Masjid Al-Aqsa, Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan mana-mana rakyat Palestin, kami telah mengaktifkan semula akaun bank di bawah Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) secara rasmi untuk tujuan ketelusan.”
“Kami tidak pernah meminta untuk menyumbang kepada kedutaan Palestin,” tegasnya.
Semua sumbangan (tunai/cek) boleh disalurkan menerusi akaun CIMB Islamic Bank, di nombor akaun 8600302489 di bawah nama penerima Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin, Kementerian Luar Negeri. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager