KUALA LUMPUR – Malaysia wajar mengambil pendirian tegas dan
menyeluruh bukan hanya mengutuk Israel tetapi juga Amerika Syarikat
khususnya Presiden Donald Trump.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Raja
Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, salah satu agenda utama
mesyuarat Kabinet yang berlangsung di Langkawi pada Jumaat ini ialah
membuat satu keputusan tentang provokasi Malaysia terhadap Israel.
“Saya
rasa kalau kerajaan Malaysia nak buat satu pendirian, pendiriannya
mesti lebih menyeluruh bukan hanya mengutuk Israel tetapi juga Amerika
Syarikat.
“Hal ini kerana Amerika Syarikat yang memberi sokongan dan juga
memberi ‘peluru’ kepada Israel untuk membuat begitu banyak provokasi,”
katanya kepada Sinar Harian.
Tegasnya, jika Malaysia benar-benar
ingin melaksanakan kecaman ia bukan hanya bertumpu kepada Israel sahaja
malah penyokong kuatnya yang mendorong negara itu menjadi lebih agresif.
“Kalau
kita (Malaysia) nak buat satu kecaman, kita mesti mengecam penyokong
kuat Israel iaitu Amerika Syarikat terutamanya Trump.
“Sebab,
beliau sendirilah yang banyak memberi sokongan dan dorongan untuk Israel
menjadi lebih agresif, oleh itu jugalah Israel tak makan saman, mereka
buat apa yang mereka suka,” jelasnya.
Beliau menambah ini sudah
insiden kedua yang dilakukan Trump, sebelum ini pada 6 Disember 2017,
Trump telah mencipta sejarah sebagai Presiden pertama Amerika Syarikat
mengiktiraf secara rasmi Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
“Pada
masa yang sama, beliau mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan
Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis,” ujarnya.
Terbaru
pada 26 Mac 2019, Trump menandatangani pengisytiharan mengiktiraf
kedaulatan Israel ke atas wilayah Bukit Golan yang
dipertikaikan,sedangkan kawasan itu adalah wilayah sempadan dirampas
Zionis daripada Syria pada 1967.
Tindakan Trump dan Perdana
Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menandatangani dokumen
pengiktirafan Bukit Golan sebagai wilayah milik Israel telah mendapat
kecaman hebat dunia Islam.
Arab Saudi mengetuai negara-negara
Islam mengutuk tindakan Trump yang mengesahkan wilayah Bukit Golan
sebagai wilayah sah Israel.
Menurut kenyataan Arab Saudi segala usaha mengiktiraf tindakan Israel tidak mengubah sebarang fakta bahawa Israel menceroboh secara haram. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked