Mohd Hafiz (kiri) sewaktu Program Colour Fun Walk 2019 di Dataran Gemilang Yong Peng.
BATU PAHAT – Individu atau pemilik syarikat dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Yong Peng (MDYP) diingatkan agar tidak melakukan aktiviti sehingga menyebabkan pencemaran yang akan menjejaskan kesihatan dan keselesaan penduduk.
Yang Dipertuanya, Mohd Hafiz Aliman berkata, MDYP juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang dan hukuman sewajarnya kepada mereka yang dikesan melakukan kesalahan ini.
“Mereka yang berniat untuk melakukannya haruslah menghentikannya dan amaran ini dibuat susulan terdapat aduan pencemaran bau busuk yang berpunca daripada beberapa kawasan pertanian di sekitar Yong Peng.
“Saya percaya bau busuk terbabit dipercayai beberapa petani dan pekebun yang menggunakan baja najis haiwan yang tidak diproses terlebih dahulu selain baja terbabit tidak mempunyai kelulusan agensi berkaitan,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan program Colour Fun Walk 2019 di Dataran Gemilang Yong Peng, kelmarin.
Menurutnya, beliau juga dimaklumkan bau busuk tersebut telah mengakibatkan kira-kira 3,000 penduduk di kawasan pentadbiran MDYP terjejas selain kehadiran lalat yang mengganggu aktiviti seharian penduduk.
Katanya, bau busuk ini mula dikesan semenjak dua minggu lalu dan pihaknya juga sudah menerima aduan daripada orang ramai serta peniaga gerai makanan yang menyebabkan pendapatan mereka menyusut.
“Sehingga Jumaat lalu, kami sudah berjaya mengesan sebuah kebun seluas hampir lima ekar dipercayai menggunakan baja yang tidak diproses oleh pemiliknya dan notis juga sudah diberikan kepada pemilik kebun berkenaan.
“Tindakan diambil di bawah Seksyen 8 Akta Pihak Berkuasa Tempatan 1976 kerana melakukan perbuatan kacau ganggu kepada orang awam dan sekiranya selepas ini ada pekebun yang degil, tindakan lebih berat akan dikenakan kepada mereka,” katanya.
Menurutnya, notis dikeluarkan sebagai pengajaran kepada pekebun lain agar merujuk dengan Jabatan Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk menggunakan baja yang sesuai. – SINAR HARIAN
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager