Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MALAYSIA, INDONESIA TEKANKAN KEPENTINGAN KORIDOR KEMANUSIAAN TANPA HALANGAN KE GAZA

DALAM NEGARA

MALAYSIA, INDONESIA TEKANKAN KEPENTINGAN KORIDOR KEMANUSIAAN TANPA HALANGAN KE GAZA

Zambry berkata beliau turut menghantar mesej kepada rakan sejawatannya dari Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu, serta Menteri Luar II Brunei untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut.

Sebuah trak mengangkut keluarga Palestin dan barangan mereka ke Khan Yunis. –Foto AFP

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia menekankan kepentingan koridor kemanusiaan tanpa halangan ke Gaza bagi menangani segera krisis kemanusiaan yang sedang melanda.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata perkara itu dibincangkan antara beliau dan rakan sejawatannya dari Indonesia Retno Marsudi melalui panggilan telefon.

“Kami juga berbincang mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh ASEAN dalam hal ini, serta Mesyuarat Luar Biasa Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang akan datang,” kata Zambry di platform X, pada Ahad.

Zambry berkata beliau turut menghantar mesej kepada rakan sejawatannya dari Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu, serta Menteri Luar II Brunei untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut.

Israel mengingkari seruan antarabangsa untuk menghentikan serangan dan rejim itu turut memotong bekalan air dan elektrik ke Gaza yang memburukkan lagi situasi kemanusiaan.

Semenanjung Gaza dengan populasi hampir 2.2 juta orang telah sekian lama berada di bawah kepungan Israel sejak 2007. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading