MALAYSIA KECEWA DENGAN PENGGUNAAN VETO HALANG PALESTIN DARIPADA DITERIMA SEBAGAI ANGGOTA PENUH PBB
Malaysia menzahirkan kebimbangan dan kekecewaan selepas veto digunakan untuk menghalang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada menerima Palestin sebagai anggota penuh PBB pada 18 April.
Timbalan Duta Besar AS ke PBB, Robert Wood mengundi menentang resolusi membenarkan keanggotaan Palestin di PBB. –foto AFP)
KUALA LUMPUR: Malaysia menzahirkan kebimbangan dan kekecewaan selepas veto digunakan untuk menghalang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada menerima Palestin sebagai anggota penuh PBB pada 18 April.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Jumaat, veto digunakan walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar negara-negara anggota PBB.
Wisma Putra berkata penggunaan veto dalam perkara penting ini telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli Majlis Keselamatan PBB untuk merealisasikan hak-hak rakyat Palestin.
Ia berkata ini termasuk hak untuk menentukan nasib mereka sendiri ekoran kependudukan haram Israel di Tebing Barat, Gaza dan Baitulmuqaddis Timur sejak 1967.
Amerika Syarikat (AS) pada Khamis memveto satu resolusi di Majlis Keselamatan PBB yang kebanyakannya disokong oleh lain-lain negara anggota untuk memberi laluan kepada Palestin untuk mendapatkan keanggotaan penuh dalam PBB.
Dua belas negara mengundi menyokong resolusi itu dalam sesi mesyuarat Majlis Keselamatan PBB di New York pada Khamis sementara United Kingdom dan Switzerland berkecuali.
Palestin merupakan pemerhati tetap di PBB sejak 2012.
Satu permohonan untuk menjadi anggota penuh PBB perlu diluluskan oleh Majlis Keselamatan dan dengan undi dua pertiga pada Perhimpunan Agung.
Wisma Putra berkata Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa termasuk Majlis Keselamatan PBB untuk terus berusaha ke arah keanggotaan penuh Palestin di PBB.
“’Malaysia kekal komited dengan perjuangan rakyat Palestin dan akan meneruskan usaha-usaha ke arah penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked