Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MALAYSIA SAHKAN KES PERTAMA VARIAN OMICRON

DALAM NEGARA

MALAYSIA SAHKAN KES PERTAMA VARIAN OMICRON

Sumber Gambar: ARKIB

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengesahkan kes pertama varian Omicron telah dikesan di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN – TUJUH KONTAK RAPAT KES PERTAMA OMICRON NEGATIF COVID-19 – DG HISHAM

Kes melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November.

ARTIKEL BERKAITAN – JANGAN PANIK ATAU BERTINDAK MELULU DENGAN KEMUNCULAN OMICRON – DG HISHAM

Individu tersebut telah menjalani ujian RT-PCR COVID-19 setibanya di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Katanya, individu itu telah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan telah tamat menjalani tempoh kuarantin seorang diri selama 10 hari di kediaman yang disediakan pihak universiti.

Bagaimanapun, pelajar tersebut disahkan positif bagi varian dibimbangi (VOC) Omicron pada 2 Disember. 

Terdahulu, individu itu telah menerima vaksinasi lengkap serta tidak bergejala dan patuh kepada perintah yang dikeluarkan. 

Menurutnya, pelajar terbabit telah lengkap menerima dua suntikan vaksin Pfizer pada 29 September lepas sebelum pulang ke Afrika Selatan bagi melawat keluarganya.

Tambahnya, nilai ‘Cycle Threshold’ (CT) pelajar terbabit adalah 26.68 berdasarkan ujian sampel yang dijalankan Institut Penyelidikan Perubatan pada 20 November lepas.

Khairy berkata individu terbabit mematuhi arahan kuarantin di rumah dan tiada rekod pergerakan dikesan dilakukan pelajar terbabit melalui aplikasi MySejahtera.

Pelajar tersebut menggunakan bas khas yang disediakan pihak universiti untuk ke Ipoh dan lapan individu yang terdiri daripada pemandu, penumpang bas serta rakan serumah pelajar terbabit telah melalui ujian saringan kontak rapat serta kuarantin wajib.

“Ujian sampel pertama dan kedua ke atas semua kontak rapat disahkan negatif. Mereka tidak mengalami sebarang simptom,” katanya serta menambah kesemua mereka termasuk pelajar terbabit akan menjalani ujian saringan sekali lagi hari ini.

Menurut Khairy, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan pengesanan kontak rapat melibatkan penumpang pesawat yang dinaiki pelajar terbabit serta beberapa lokasi di KLIA yang dipercayai dikunjungi pelajar itu berdasarkan rekod aplikasi MySejahtera.

Beliau meminta orang ramai agar tidak panik dengan pengesanan varian itu dan perlu kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan amalan kesihatan awam.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: TUJUH KONTAK RAPAT KES PERTAMA OMICRON NEGATIF COVID-19 – DG HISHAM – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading