MALAYSIA SOKONG PERJUANGAN PALESTIN, KUTUK TINDAKAN CEMAR KESUCIAN MASJID AL-AQSA
Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel yang menyalahi undang-undang, mencabuli hak asasi manusia serta mencemarkan kesucian Masjid Al-Aqsa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengiringi Syeikh Dr Ekrima Sabri semasa menerima kunjungan hormat Imam Besar Masjid Al Aqsa di Kompleks Islam Putrajaya hari ini. Turut hadir, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah (kiri). — fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel yang menyalahi undang-undang, mencabuli hak asasi manusia serta mencemarkan kesucian Masjid Al-Aqsa.
Perkara itu dizahirkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, ketika menerima kunjungan hormat Imam Besar Masjid Al Aqsa Syeikh Dr Ekrima Sabri di pejabatnya di sini hari ini.
Mohd Na’im berkata Malaysia sentiasa konsisten dalam memperjuangkan setiap hak rakyat Palestin yang berpaksikan kepada keadilan dan menentang sebarang isu keganasan serta kekejaman.
“Saya turut menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin dan perjuangan mereka, bagi mendapatkan kemerdekaan daripada pendudukan haram Israel.
“Sokongan juga diberikan bagi merealisasikan aspirasi untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang merdeka, berdasarkan sempadan pra-1967 dan Baitulmuqaddis sebagai ibu kotanya,” katanya dalam sidang media selepas pertemuan itu.
Sementara itu, Syeikh Dr Ekrima Sabri merakamkan penghargaan terhadap Malaysia, yang sentiasa menyokong dan membantu Palestin dalam apa jua keadaan.
Beliau turut menegaskan tanggungjawab mempertahankan Masjid Al-Aqsa merupakan tanggungjawab semua orang Islam, dan bukannya rakyat Palestin sahaja.
“Ini kerana Masjid Al-Aqsa ada kedudukan tinggi seperti Masjidil Haram dan Masjid Nabawi,” katanya serta menambah bahawa media juga memainkan peranan penting menyebarkan maklumat dan setiap perkara yang berlaku di Palestin.
Sidang media Syeikh Dr Ekrima Sabri diterjemahkan oleh Pegawai Khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Syed Amru Syed Abdullah. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.