LELAKI SIMBAH CAT MERAH DI EMPAT RUMAH DIPENJARA EMPAT TAHUN
Seorang lelaki dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan khianat iaitu menyimbah cat merah pada pintu hadapan empat rumah di Batu 7 di Sandakan sejak November tahun lepas.
SANDAKAN: Seorang lelaki dihukum penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan khianat iaitu menyimbah cat merah pada pintu hadapan empat rumah di Batu 7 di sini, sejak November tahun lepas.
Majistret Mohammad Azeem Mohd Ridzo menjatuhkan hukuman penjara setahun bagi tiga pertuduhan terhadap Mohd Hasifuddin Yamin, 34, dan memerintahkan hukuman dijalankan serentak mulai 22 Nov 2022.
Mengikut pertuduhan, Mohd Hasifuddin melakukan kesalahan itu di Taman Murni pada 22 Nov, Taman Kenari pada 21 Feb lepas dan Taman Bahagia pada 16 Mei.
Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, di mahkamah berasingan, Mohd Hasifuddin mengaku bersalah di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali terhadap kesalahan serupa yang berlaku di Taman Nuri pada 22 Mac lepas dan dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan yang diarahkan dijalankan berasingan daripada hukuman dijatuhkan Mohammad Azeem.
Mohd Hasifuddin turut mengaku bersalah di hadapan Wan Farrah Fariza terhadap kesalahan mengugut secara jenayah seorang lelaki bernama Samri Sutir dengan cara meninggalkan nota amaran supaya lelaki itu segera menyelesaikan hutang.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah teres di Taman Sejati, Batu 7 di sini pukul 4.13 petang pada 19 Feb lepas dan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Dia dijatuhkan hukuman penjara sembilan bulan sejak tarikh ditangkap iaitu semalam.
Bagi kelima-lima kes, Mohd Hasifuddin yang tidak diwakili peguam, merayu dijatuhkan hukuman denda kerana mempunyai isteri dan empat anak yang tiga daripadanya masih bersekolah.
Bagaimanapun, pegawai pendakwa ASP Zamri Zakaria memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana kesalahan berkenaan adalah serius dan melibatkan kepentingan awam.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager