Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
KUALA LUMPUR – Malaysia tidak berganjak dengan pendirian
menolak dan mengutuk sebarang kekejaman rejim Israel terhadap Palestin, kata
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
Beliau berkata pendirian itu juga harus dizahirkan oleh
seluruh rakyat Malaysia bagi menunjukkan solidariti dan bersama berjuang
mengutuk keganasan dan penindasan ke atas umat Islam di bumi Gaza itu.
“Program bacaan Yasin atau Yaasin4Aqsa yang dilancarkan hari
ini merupakan simbol kebersamaan dan solidariti umat Islam di negara ini
terhadap penderitaan rakyat di Palestin.”
“Benda ringkas baca Yasin, tapi ianya dibaca dengan penuh penghayatan dan mesej menunjukkan bahawa Malaysia prihatin mendoakan keselamatan dan bersama-sama dengan perjuangan rakyat Palestin,” katanya selepas melancarkan program Yaasin4Aqsa di Masjid Negara di sini malam kelmarin.
Terdahulu, 1,500 orang yang hadir di masjid itu bersama-sama
menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjamaah diikuti solat sunat Hajat
dan bacaan Yasin.
Turut hadir antaranya Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan
Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Azmi Abdul Hamid dan Duta Palestin ke Malaysia,
Walid Abu Ali serta beberapa lagi duta negara Islam yang lain.
Mujahid turut menegaskan bahawa Malaysia tidak akan memberi
sebarang peluang hubungan diplomatik dengan negara terbabit dan menyeru agar
Yaasin4Aqsa akan dibuat secara berterusan di seluruh negara.
“Kita harap majlis Yaasin4Aqsa di seluruh negara berterusan
bagi mengingatkan semua bahawa isu Palestin ini belum selesai,” katanya.
Israel sejak beberapa hari lepas melancarkan serangan ke atas
Gaza dan menambah jumlah tentera mereka di kawasan sempadan pada Isnin lalu
yang didakwa sebagai tindak balas pelancaran roket oleh Hamas.
Israel merampas Gaza pada 1967 secara haram sebelum menarik
semula tentera mereka pada 2005 dan sejak itu wilayah itu terus bergolak.
Dalam pada itu, Mohd Azmi berkata MAPIM telah menerbit dan
mencetak satu juta naskah Yasin berjudul Surah Yasin dan Kebangkitan Ummah yang
akan diedarkan di seluruh negara.
Sebanyak 100,000 naskhah diedarkan sehingga kini dan
disasarkan bermula Ramadan sehingga akhir tahun nanti semua naskhah habis
diedar serta dapat mengumpul dana untuk Tabung Al-Aqsa, katanya.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked