MALAYSIA #QURANHOUR: LEBIH 270 JUTA CAPAIAN DALAM TALIAN DIREKODKAN

Malaysia #QuranHour dibawakan dari Pusat Penyiaran Digital TV Alhijrah.

KUALA LUMPUR: Program Malaysia #QuranHour yang disiarkan secara langsung tengah hari semalam berjaya memperoleh 270.6 juta capaian di dalam talian menerusi platform media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan laman-laman blog.

Program yang disiarkan TV Alhijrah dan ditaja oleh MFDM Group of Companies itu turut menerima lebih 10,000 penyertaan dari dalam dan luar negara.

MFDM Group of Companies sebagai penaja khas Malaysia #QuranHour dan My#QuranTime turut menyokong usaha-usaha TV AlHijrah dalam memupuk rasa cinta masyarakat kepada Al-Quran, malah menjadikan kitab suci itu sebagai sahabat di kala dunia diuji oleh Allah dengan pandemik COVID-19, melalui pendekatan Baca, Faham dan Amal.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata capaian luar biasa menerusi penyertaan pelbagai organisasi dan orang perseorangan, selain melalui dalam talian juga turut dibantu faktor sokongan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Ahad lalu, yang mengajak masyarakat menghayati ayat-ayat suci Al-Quran, pada masa sama mendoakan Keluarga Malaysia.

“Dengan berpandukan Al-Quran dan sunnah terutamanya buat Muslim di negara ini, semoga ia menjadi solusi daripada Ilahi untuk menenangkan dan mendamaikan jiwa kita semua.”

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
Perdana Menteri

Data daripada Unit Media Baharu TV Alhijrah juga mendapati lebih lima ribu penonton menyaksikan program berkenaan secara langsung menerusi platform FB Live.

Sumber: Islamic Tourism Centre (ITC) yang juga rakan strategik Malaysia #QuranHour

Turut menyertai acara sejam itu adalah 18 organisasi di luar negara, manakala lebih 10,000 pendaftaran untuk penyertaan dilakukan di dalam negara.

Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah dan Ustaz Fazrul Ismail antara wajah penting mengendalikan Malaysia #QuranHour semalam.
Penaja utama Malaysia #QuranHour dan My #QuranTime yang disiarkan TV Alhijrah

Selain MFDM Group of Companies, Malaysia #QuranHour turut dibawakan khas oleh 3Q Equestrian dan Fraser Valley Kuala Kubu Bharu.–AlHijrah Online

Leave a Reply