REMAJA SUNTIK MERKURI UNTUK JADI ‘SUPERHERO’

INDIA: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun sengaja menyuntik dirinya dengan cecair merkuri hanya kerana mahu menjadi seperti salah seorang watak Marvel Cinematic Universe, Mercury daripada filem X-Men.

Namun, perbuatannya membawa padah selepas remaja tersebut terpaksa berdepan dengan ulser yang semakin memburuk di bahagian kiri tangannya.

Pada awalnya, ibu bapa remaja tersebut tidak mengetahui perbuatan anaknya itu dan hanya menganggap ulser biasa.

Selepas membawanya ke salah sebuah hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan, pihak hospital mendapati ulser berkenaan berpunca daripada merkuri yang disuntiknya.

Menurut laporan kesihatan Pusat Maklumat Nasional Bioteknologi tempatan, remaja tersebut telah menyuntik dirinya sebanyak tiga kali menggunakan cecair merkuri yang dikeluarkan daripada thermometer.

Selain cecair merkuri, remaja terbabit juga pernah membiarkan dirinya digigit labah-labah untuk mengubah dirinya menjadi adiwira Spider-Man.–AlHijrah Online

Leave a Reply