Pandemik COVID-19, inflasi yang meningkat membawa kepada kenaikan harga makanan secara mendadak dan bencana alam seperti banjir telah mendorong ramai orang berada di luar landasan kewangan, menyebabkan mereka menghadapi kesukaran.
KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19, inflasi yang meningkat membawa kepada kenaikan harga makanan secara mendadak dan bencana alam seperti banjir telah mendorong ramai orang berada di luar landasan kewangan, menyebabkan mereka menghadapi kesukaran.
Walaupun ada yang bernasib baik kerana tidak terjejas dari segi kewangan, hampir semua keluarga Malaysia bekerjasama untuk membantu orang lain yang memerlukan dalam tempoh sukar ini.
Berdasarkan situasi semasa, pernahkah kita terfikir sama ada terdapat cara untuk melindungi kewangan masa depan kita sekiranya berlaku satu lagi pandemik, kemelesetan atau apabila mencapai umur persaraan?
Berapa banyak yang kita perlukan untuk hidup tanpa rasa bimbang dan melalui era persaraan tanpa hutang dan aman?
Dari segi hipotesis, untuk hidup dengan selesa, kita memerlukan kira-kira tiga perempat daripada gaji bulanan terakhir kita.
Ini bermakna jika gaji terakhir ialah RM3,000, kita memerlukan kira-kira RM2,250 sebulan.
Selepas bersara pada usia 65 tahun, anda hidup sehingga berumur 80 tahun misalnya, ini bermakna anda mempunyai tempoh 15 tahun.
Secara kumulatif, jumlah yang diperlukan secara kasar untuk berada dalam simpanan persaraan anda adalah pada penanda aras sebanyak RM405,000.
Lebih membimbangkan, menurut Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sebanyak 6.1 juta ahli atau 48 peratus daripada ahlinya di bawah umur 55 tahun kini mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam simpanan persaraan.
Adakah terdapat cara untuk menyelesaikan perkara ini?
Celik Kewangan, Tidak Menyenangkan Tetapi Perlu Diterima
Walaupun kita bercakap tentang betapa lemahnya celik kewangan kita dalam kalangan rakyat Malaysia, pernahkah kita terfikir sama ada bukan mereka tidak mahu menyimpan, tetapi mereka tidak mampu.
Pinjaman pelajar, pinjaman kereta, sewa rumah, utiliti, perbelanjaan perjalanan kerja dan makanan merupakan perkara asas yang perlu ditangani oleh kebanyakan orang.
Menurut Kajian Kestabilan Kewangan Bank Negara Malaysia pada separuh pertama 2021, hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar berjumlah 89.6 peratus atau kira-kira RM1.13 trilion — tertinggi di Asia Tenggara dan kedua tertinggi di Asia.
Secara jujurnya, berapa ramai dalam kalangan kita sebenarnya sudah benar-benar kehabisan wang, mengira duit kecil menjelang minggu kedua atau ketiga pada setiap bulan dan hanya menghitung hari sehingga ke hari gaji?
Meskipun pasaran pekerjaan menunjukkan peningkatan semula, masih ramai yang mengalami pengurangan gaji terutamanya mereka yang berkhidmat dalam industri syarikat penerbangan, pelancongan, dan MICE (mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran).
Sebarang jangkaan membabitkan kenaikan dan bonus adalah sesuatu yang mustahil walaupun inflasi mewujudkan tekanan tambahan terhadap kewangan kita.
Pada masa ini, segelintir individu mungkin memilih untuk membuat pengeluaran KWSP bagi mewujudkan pemangkin masa depan, namun, kebanyakannya menggunakan wang itu untuk melunaskan hutang tertunggak.
Sama ada suka atau tidak, mengumpulkan semula wang yang dikeluarkan itu akan mengambil masa.
Simpanan Berskala Kecil, Pendigitan Pelaburan
Walaupun mewujudkan penampan kewangan berkemungkinan sukar dalam persekitaran hari ini, syarikat pelaburan dan bank telah meluaskan rangkaian medium mereka untuk membolehkan orang ramai menyimpan dalam skala yang kecil menerusi simpanan digital.
Sebagai contoh, Principal Asset Management dengan kerjasama e-dompet Touch’n Go membolehkan kita untuk melabur dan menerima pulangan harian, aplikasi mudah alih Maybank membolehkan pengguna untuk mewujudkan dana kecemasan, dan Raiz– platform pelaburan di bawah Permodalan Nasional Bhd — membolehkan pengguna untuk menyimpan duit kecil mereka untuk digunakan apabila diperlukan kelak.
Walaupun pengurusan dana masih terlalu menumpukan kepada kaedah tradisional dan kebanyakannya memerlukan pelaburan kemasukan yang tinggi, Principal Asset Management berkata, ia telah mengambil langkah ke arah mendigitalkan pelaburan dan membenarkan pelaburnya untuk mempunyai lebih kawalan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Munirah Khairuddin berkata, pandemik telah mempercepatkan kadar penggunaan penyelesaian pelaburan digital, sekali gus memberikan akses dan kemudahan kepada lebih ramai individu untuk melabur dan membuat lebih banyak simpanan demi kesejahteraan kewangan mereka.
“Kami komited untuk menawarkan lebih banyak penyelesaian inovatif yang menumpukan kepada kemampuan, simpanan dan pelaburan, dan keterangkuman, di samping menjadikan pelaburan mudah difahami dan membantu pelanggan mengharungi perjalanan pelaburan mereka,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, melalui usaha ini, pelabur kini boleh menggunakan kepakaran pengurusan persaraan dan aset secara digital dari Principal dan melabur menggunakan wang atau dana KWSP mereka, memperkasa diri untuk mengawal pelaburan dengan lebih baik.
Bercakap mengenai kewangan merupakan tajuk yang sensitif pada masa ini, dan kebenarannya mungkin sukar untuk ditelan.
Dalam situasi yang sukar ini, marilah kita bersama-sama memastikan kita mendapat perlindungan yang lebih baik untuk berdepan bukan sahaja persaraan, malah, pelbagai cabaran yang mungkin bakal ditempuh.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager