WANITA MINTA HENTI SEBAR MAKLUMAT PERIBADI SELEPAS VIDEO BERSAMA IBU SAUDARA TULAR
KUALA TERENGGANU: Seorang wanita yang video mengenainya tular selepas dilihat bersama warga emas orang kurang upaya (OKU) menaiki motosikal roda tiga dalam cuaca panas terik di sini, memohon agar semua pihak menghentikan penyebaran maklumat peribadinya.
KUALA TERENGGANU: Seorang wanita yang video mengenainya tular selepas dilihat bersama warga emas orang kurang upaya (OKU) menaiki motosikal roda tiga dalam cuaca panas terik di sini, memohon agar semua pihak menghentikan penyebaran maklumat peribadinya.
Wanita berusia 40 tahun yang dikenali sebagai Hijrah Soleh itu, berkata dia berasa tidak selesa apabila terlalu ramai menghubunginya untuk menzahirkan simpati dan mahu memberi pelbagai bantuan selepas video serta butiran peribadinya tular di media sosial sejak Sabtu lepas.
“Alhamdulillah, rakyat Malaysia memang sangat prihatin dan ia terbukti apabila saya ‘dihujani’ terlalu banyak panggilan serta mesej yang mahu menyampaikan pelbagai bentuk bantuan.
“Namun, dengan rendah hati saya ingin tegaskan bahawa hasil jualan saya masih mampu menampung perbelanjaan dan keperluan hidup setakat ini. Saya lebih gembira jika bantuan tersebut diberikan kepada golongan lebih memerlukan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Video tersebut dirakam di Jambatan Angkat di sini, tanpa pengetahuannya dan tersebar di media sosial menyebabkan warganet tersentuh hati menyaksikan warga emas OKU tersebut yang terpaksa berbaring di bahagian tempat meletak barangan motosikal roda tiga tersebut.
Hijrah Soleh berkata pelbagai kenyataan tidak tepat dibuat oleh warganet di bahagian komen media sosial tersebut, seperti warga emas OKU itu adalah ibunya yang baru pulang mendapatkan rawatan di hospital, menyebabkan lebih ramai bersimpati dan mahu menghulur bantuan.
Wanita tersebut menjelaskan bahawa warga emas OKU itu bukanlah ibu kandungnya sebaliknya ibu saudara yang tinggal bersamanya untuk sementara waktu.
“Saya sangat hargai keprihatinan semua pihak, namun cukuplah sekadar itu, jangan kongsikan lagi maklumat saya seperti nombor telefon dan alamat. Jika mahu membantu, saya lebih suka ia dilakukan dengan cara menyokong perniagaan saya,” katanya yang menjual aiskrim potong dan produk kesihatan di sekitar bandar ini.—AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.