Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MANGSA BANJIR DI JOHOR KEKAL 909 ORANG

DALAM NEGARA

MANGSA BANJIR DI JOHOR KEKAL 909 ORANG

Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor kekal 909 orang daripada 275 keluarga setakat 8 pagi tadi.

Gambar FAIL

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor kekal 909 orang daripada 275 keluarga setakat 8 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata semua mangsa ditempatkan di 10 PPS yang beroperasi di dua daerah terjejas iaitu Batu Pahat dan Pontian.

“Daerah Batu Pahat mencatatkan 619 mangsa daripada 193 keluarga, sementara Pontian pula merekodkan 290 orang daripada 82 keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata keadaan cuaca di sembilan daerah di negeri itu dijangka cerah kecuali Pontian yang kelihatan mendung pagi ini. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading