Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JEPUN TERIMA DUA PESAKIT DARI GAZA UNTUK RAWATAN PERUBATAN

DUNIA

JEPUN TERIMA DUA PESAKIT DARI GAZA UNTUK RAWATAN PERUBATAN

Menurut sumber, bantuan perubatan itu diatur atas permintaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan bukan bertujuan untuk menempatkan semula penduduk Gaza ke Jepun.

TOKYO: Jepun bersedia menerima dua individu yang cedera dan sakit dari Semenanjung Gaza dalam tempoh terdekat bagi mendapatkan rawatan perubatan, menjadikannya bantuan pertama negara itu kepada wilayah Palestin di tengah serangan berterusan Israel, menurut sumber kerajaan Jepun pada Selasa. 

Seorang rakyat Palestin yang menerima rawatan di hospital di Mesir selepas cedera dalam pertempuran di Gaza, serta seorang lagi pesakit dijangka tiba di Jepun masing-masing pada Rabu dan Jumaat untuk menjalani rawatan di Hospital Pusat Pasukan Pertahanan Diri Jepun di Tokyo, lapor Agensi Berita Kyodo.

Menurut sumber, bantuan perubatan itu diatur atas permintaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan bukan bertujuan untuk menempatkan semula penduduk Gaza ke Jepun.

Pada Februari lalu, Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba dalam satu sesi parlimen berkata bahawa kerajaan sedang berusaha menerima pesakit dari Gaza yang sakit atau cedera.

Sebagai sebuah negara yang bergantung kepada Timur Tengah untuk import minyak, Jepun secara tradisinya mengamalkan “diplomasi seimbang” antara negara-negara Islam dan Israel, yang merupakan sekutu rapat Amerika Syarikat.

Jepun sebelum ini menerima tentera Ukraine yang cedera untuk rawatan perubatan sebagai sebahagian daripada sokongannya terhadap negara Eropah Timur itu. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading