Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAS UBAH LALUAN PENERBANGAN, ELAK RUANG UDARA IRAN DAN KETENGANGAN DI TIMUR TENGAH 

DALAM NEGARA

MAS UBAH LALUAN PENERBANGAN, ELAK RUANG UDARA IRAN DAN KETENGANGAN DI TIMUR TENGAH 

Malaysia Airlines (MAS) akan mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah.

Gambar ARKIB. Sumber: AFP

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) akan mengubah laluan penerbangan antara Kuala Lumpur dan London untuk mengelak ruang udara Iran berikutan ketegangan yang semakin memuncak di Timur Tengah.

“Kami mengubah haluan dan mengelak ruang udara Iran,” kata syarikat penerbangan nasional itu kepada Bernama. 

MAS, Air India, Qantas Australia serta syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa adalah antara syarikat penerbangan pertama yang mengubah laluan penerbangan buat sementara waktu kerana bimbang Iran akan menyerang Israel. 

German Press Agency (dpa) melaporkan bahawa Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berkata pada Jumaat, beliau berasakan Iran akan melancarkan serangan terhadap Israel ‘lebih cepat daripada jangkaan’. 

Biden bagaimanapun enggan menghuraikan perisikan rahsia Washington mengenai rancangan Tehran, lapor agensi itu.

Ancaman Iran terhadap Israel semakin meningkat berikutan serangan udara ke atas perkarangan kedutaan Iran di Syria pada 1 April lepas yang mengorbankan beberapa jeneral tentera.

Terdapat laporan bahawa Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) telah merampas sebuah kapal kontena yang berkaitan dengan Israel di kawasan teluk.

Bagi AirAsia, tiada satu pun laluan semasanya menggunakan ruang udara Iran.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading