Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ALAS KAKI ‘KAABAH’ SEBENARNYA SEJADAH MINI – AEON BIG

DALAM NEGARA

ALAS KAKI ‘KAABAH’ SEBENARNYA SEJADAH MINI – AEON BIG

AEON Big memaklumkan pihaknya menyedari hantaran media sosial berhubung salah faham berkaitan sejadah dilabel secara tidak tepat sebagai alas pintu.

KUALA LUMPUR: AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON Big) menjelaskan bahawa alas kaki bergambar kaabah yang dirampas Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) pada Selasa lalu adalah sejadah mini.

ARTIKEL BERKAITAN – JAINJ RAMPAS 11 ALAS KAKI TERTERA GAMBAR KAABAH

AEON Big memaklumkan pihaknya menyedari hantaran media sosial berhubung salah faham berkaitan sejadah dilabel secara tidak tepat sebagai alas pintu.

“Pembekal yang terbabit, A&R Fashion Collection (A&R) mengesahkan produk itu sememangnya sejadah mini di mana coraknya adalah dalam format menegak yang juga amalan biasa.

“Bagaimanapun selaras dengan amalan terbaik AEON BiG dan A&R menggunakan kod barangan dalam sistem yang sebelum ini digunakan untuk produk lain syarikat itu dan akibatnya label yang digantung pada produk menunjukkan pelbagai deskripsi dan menyebabkan kekeliruan,” katanya.

Bagaimanapun, pihaknya menjelaskan bahawa perkara tersebut sudah diperbetulkan serta-merta dalam sistem pengurusan barangan AEON BiG dan deskripsi barangan terbabit sebagai sejadah sudah dinyatakan.

“Kami sudah dimaklumkan mengenai isu ini pada 9 April lalu dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada JAINJ.

“Pembekal terbabit adalah perusahaan kecil sederhana (PKS) milik 100 peratus Bumiputera atau Islam yang membekalkan pakaian Muslimah patuh syariah termasuk pakaian seperti jubah solat, tudung, kurta, sampin dan songkok selain produk lain seperti sejadah, permaidani seperti tikar,” katanya.

Menurutnya, syarikat itu ditubuhkan pada 2007 dan menjadi pembekal kepada AEON BiG sejak 2015 dan pembekal kepada peruncit lain selain mengendalikan kedai sendiri.

“Kedua-dua pihak pengurusan AEON BiG dan A&R berharap kenyataan bersama ini akan menjelaskan sebarang keraguan mengenai isu itu.

“Kami berharap spekulasi ini yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat kita yang berbilang kaum akan dihentikan,” katanya.

Tambahnya, AEON BiG dan A&R akan terus bekerjasama dengan JAINJ dan mana-mana pihak berkuasa berkaitan sekiranya terdapat sebarang maklumat lanjut diperlukan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: JAINJ RAMPAS 11 ALAS KAKI TERTERA GAMBAR KAABAH – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading