Maszlee mahu sekolah agama, tahfiz kekal arus perdana
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik meminta Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM), kluster Pendidikan Majlis Amal Islam (MAIM), membantu sekolah-sekolah agama rakyat dan tahfiz untuk kekal berada dalam kerangka pendidikan kebangsaan.
Maszlee bersama delegasi MPPIM diketuai oleh Pengerusi Sekretariat MAPPIM, Mohd Zai Mustafa
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik meminta Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM), kluster Pendidikan Majlis Amal Islam (MAIM), membantu sekolah-sekolah agama rakyat dan tahfiz untuk kekal berada dalam kerangka pendidikan kebangsaan.
Kata beliau, antara usaha itu termasuklah menghantar murid Tahfiz ke sekolah-sekolah harian dan menjalin kerjasama dengan Politeknik dan Kolej Komuniti bagi meningkatkan kemahiran murid sekolah-sekolah agama.
Selain itu, beliau juga meminta MAPPIM mempelawa sekolah-sekolah Islam antarabangsa supaya bergabung dengan MAPPIM bagi mewujudkan jalinan yang lebih luas.
“Saya juga meminta supaya Universiti Islam Malaysia memainkan peranan bagi melatih guru-guru sekolah agama rakyat dan institusi Tahfiz demi meningkatkan kemahiran pedagogi dan kepemimpinan sekolah,” kata beliau di laman Facebook Kementerian Pendidikan.
Sekretariat MAPPIM, Gabungan NGO Pendidikan Islam Malaysia, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Maszlee di pejabatnya di Putrajaya semalam. Delegasi MPPIM diketuai oleh Pengerusi Sekretariat MAPPIM, Mohd Zai Mustafa.
Pada masa yang sama, Maszlee menyarankan agar sekolah-sekolah agama didaftarkan supaya dana dapat disalurkan dengan baik dan berkesan sementara dana yang diberikan dapat diurus dengan amanah dan berintegriti, di samping memudahkan proses auditan.
Gambar hiasan
MAPPIM yang dianggotai lebih 50 buah NGO mewakili sekolah sekolah agama rakyat dan tahfiz menyokong penuh inisiatif yang dilakukan oleh Maszlee dan Kementerian Pendidikan.
Mohd Zai dipetik berkata MAPPIM akan membantu Kementerian Pendidikan, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menyelaraskan data sekolah-sekolah agama di Malaysia.
“Data-data itu penting untuk menyalurkan bantuan kepada semua sekolah agama di Malaysia,” kata beliau.
Dalam pertemuan itu, MAPPIM juga telah membentangkan Pelan Pembangunan Pendidikan Islam 2020-2030 untuk pertimbangan Kementerian Pendidikan.
Resolusi Kolokium Memperkasakan Pendidikan Islam juga telah diserahkan kepada Dr Maszlee hari ini. Kolokium itu berlangsung pada 28 Januari lalu. – Sinar Harian
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests