KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia semakin terdedah kepada masalah
kesihatan kronik seperti diabetes pada usia muda kerana pemilihan
pemakanan yang salah.
Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia
(Perdim), Dr Norman Mohd Norawi berkata, pengambilan makanan seperti
kurang berkhasiat dan memilih menu salah serta pengambilan makanan
dengan kandungan lemak trans, gula putih, karbohidrat yang tinggi antara
menjadi faktor.
“Ini menjadi punca kepada masalah kesihatan kronik seperti diabetes, hypertensi dan sakit jantung.
“Selain itu, faktor kurang bersenam atau kurang aktiviti fizikal,
stres melampau dan berterusan juga menyumbang kepada masalah ini,”
katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, diabetes antara penyakit yang popular dikalangan rakyat Malaysia kerana pemilihan menu yang tidak sihat.
Ia
berpunca daripada kadar glukosa yang tinggi dalam saluran darah dan
kegagalan fungsi pankreas dalam menghasilkan insulin dengan sempurna.
Katanya,
rakyat Malaysia seharusnya mengawal kadar gula dalam darah dengan
memastikan corak pemakanan yang diamalkan harus dipantau dengan baik.
“Antara
makanan yang wajib kita cegah untuk mengelak penyakit diabetes ialah
mengurangkan pengambilan makanan bergula tinggi dan bergoreng, serta
makanan mempunyai kadar kolesterol yang tinggi.
“Harus di ingat, makanan yang mempunyai kadar gula yang tinggi dan ia adalah musuh utama bagi penghidap diabetes,” katanya.
Gambar hiasan
Antaranya ialah menu atau makanan yang disediakan menggunakan
pemanis seperti ais krim, kuih donat, aneka pastri, coklat susu, makanan
dengan campuran manisan buatan.
Sementara itu, menyentuh
mengenai program kesihatan inisiatif Perdim iaitu larian Doctor Run
2019, yang akan diadakan Mac ini, Dr Norman berkata, sehingga kini,
seramai 4,300 peserta telah mendaftarkan diri dan hampir mencapai
sasaran penganjur iaitu 5,000 peserta.
Jelasnya, beliau optimis
jumlah peserta akan meningkat lagi menjelang pendaftaran larian yang
julung kali diadakan itu akan ditutup pada Jumaat, 22 Februari ini.
“Larian ini mempunyai aura yang tersendiri dengan penyertaan lebih kurang 1,700 doktor-doktor bertauliah sekitar seluruh negara.
“Sokongan
daripada mereka dalam memeriahkan larian ini menunjukkan bahawa para
doktor amat menggalakkan senaman fizikal bagi menjamin kesihatan
optimum,” katanya.
Program pada 24 Mac ini, Doctor Run 2019 akan
bermula seawal jam 6 pagi di Dataran Merdeka Kuala Lumpur yang
menawarkan hadiah wang tunai kepada pemenang tempat pertama sehingga
kelima bagi setiap kategori larian 12 kilometer dan 17 kilometer.
Bagi
memeriahkan lagi pertandingan, penganjur juga turut menawarkan hadiah
bagi pemenang kostum doktor terbaik selain cabutan bertuah yang
kesemuanya bernilai RM15,000.
Program ini turut menyasarkan 5,000
peserta dari pengamal perubatan moden swasta serta kerajaan selain
seluruh lapisan masyarakat di sekitar Lembah Klang.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager