Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT DITEMUI ATAS JALAN DI BANGSAR

DALAM NEGARA

MAYAT DITEMUI ATAS JALAN DI BANGSAR

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh dijumpai di Jalan Bangsar awal pagi tadi.

Mangsa yang dipercayai berusia 30 an itu dijumpai di tengah jalan laluan berkenaan dengan kesan kecederaan akibat senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata polis menerima panggilan berhubung penemuan mangsa kira-kira jam 5.38 pagi tadi.

“Pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian dan mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) . Hasil siasatan awal pihak polis mendapati lelaki tersebut tiada sebarang pengenalan diri.

“Siasatan lanjut forensik ditempat kejadian mendapati mangsa mempunyai kesan kecederaan dibeberapa bahagian anggota badan dipercayai menggunakan senjata tajam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zairulnizam mayat mangsa dibawa ke PPUM untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh serta disiasat dibawah seksyen 302 kanun keseksaan.

Tambahnya, pihak polis masih membuat siasatan lanjut berhubung motif kejadian dan mengesan waris si mati serta latar belakang mangsa. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading