Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAYAT KRU KAPAL WARGA MALAYSIA JATUH LAUT DITEMUKAN DI PERAIRAN BANGLADESH 

DALAM NEGARA

MAYAT KRU KAPAL WARGA MALAYSIA JATUH LAUT DITEMUKAN DI PERAIRAN BANGLADESH 

Mayat kru kapal lelaki warga Malaysia yang dilaporkan terjatuh ke laut ketika memasang pilot ladder di perairan Chittagong, Bangladesh pada Rabu lepas, ditemukan pasukan penyelamat semalam.

Tangkap layar video tular.

KUALA LUMPUR: Mayat kru kapal lelaki warga Malaysia yang dilaporkan terjatuh ke laut ketika memasang pilot ladder di perairan Chittagong, Bangladesh pada Rabu lepas, ditemukan pasukan penyelamat semalam.

Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pelaut-pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM) Ikmal Azam Thanaraj Abdullah ketika dihubungi Bernama mengesahkan penemuan mangsa berusia 31 tahun itu.

Bagaimanapun, beliau berkata segala butiran lanjut mengenai insiden itu akan dikongsikan selepas pihaknya bertemu dengan keluarga mangsa hari ini.

“Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat. Saya akan bertemu dengan keluarga mangsa pada pagi ini kemudian baru saya maklumkan butiran kejadian,” katanya.

Sebelum ini, menerusi hantaran dalam aplikasi X oleh pengguna @DanialDDD memaklumkan mangsa yang juga rakan sekerjanya dipercayai telah terjatuh daripada kapal ketika berada di perairan Bangladesh pada Rabu lepas dan memohon orang ramai mendoakan urusan mencari dan menyelamat mangsa dipermudah.

Pengguna berkenaan turut berkongsi video memaparkan keadaan laut di lokasi kejadian.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading