Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MCCBCHST TERIMA BAIK PERANAN PEGAWAI JAKIM DI KEMENTERIAN-KEMENTERIAN 

DALAM NEGARA

MCCBCHST TERIMA BAIK PERANAN PEGAWAI JAKIM DI KEMENTERIAN-KEMENTERIAN 

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Malaysia Bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh Dan Taoisme (MCCBCHST) menerima baik penjelasan berkenaan peranan Perkhidmatan Pegawai Kader Hal Ehwal Islam yang ditempatkan di kementerian-kementerian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), berkata pertubuhan itu memahami peranan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terutamanya dalam memantapkan kefahaman dan meningkatkan motivasi kerja berasaskan penghayatan terhadap nilai-nilai murni dalam perkhidmatan demi mencapai produktiviti organisasi ke arah merealisasikan tadbir urus terbaik.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengadakan sesi perjumpaan bersama MCCBCHST pada 18 September 2024, bertempat di Kompleks Islam Putrajaya.

“Pada perjumpaan tersebut, perwakilan MCCBCHST telah diberi taklimat latar belakang sejarah, fungsi dan peranan Perkhidmatan Pegawai Kader Hal Ehwal Islam JAKIM di agensi-agensi Kerajaan bermula sejak 1980-an. 

“Penempatan para pegawai JAKIM adalah berdasarkan perjawatan yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui permohonan daripada kementerian atau jabatan atau agensi kerajaan untuk melaksanakan fungsi Hal Ehwal Islam. 

“Fungsi Kader Hal Ehwal Islam JAKIM boleh dirumuskan meliputi aspek Tadbir Urus, Pembangunan Insan, Pemulihan, Keselamatan dan Pencegahan berasaskan keperluan di setiap kementerian, jabatan dan agensi kerajaan,” katanya.

Pertemuan petang tadi turut disertai Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang yang dilaksanakan seperti saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diadakan perjumpaan dengan pihak MCCBCHST bagi memberikan pencerahan mengenai isu yang dibangkitkan berkaitan penempatan pegawai JAKIM di kementerian-kementerian.

Pada perjumpaan tersebut juga, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah memberi saranan agar Biro Pengurusan Isu Agama dan Mediasi yang ditubuhkan dalam Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) dapat diaktifkan bagi mengelakkan sebarang polemik tentang sesuatu isu.

Menurut Mohd Na’im semua isu yang berbangkit sewajarkan dibincangkan secara harmoni dalam Jawatankuasa HARMONI. ​

Sementara itu abatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyeru dan mengajak rakyat Malaysia yang berbilang agama dan kaum agar saling menghargai realiti kepelbagaian dalam negara dan bersama-sama berusaha memelihara keharmonian demi merealisasikan cita-cita membangun Malaysia MADANI yang maju, progresif dan sejahtera. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading