OMBAK BESAR DI PULAU PINANG DAN PULAU PANGKOR KEJADIAN LUAR BIASA – METMALAYSIA
KUALA LUMPUR: Kejadian ombak besar yang berlaku di beberapa kawasan di Pulau Pinang dan Pulau Pangkor, Perak semalam adalah luar biasa, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip.
Para pengunjung cuba mengelakkan diri daripada terkena percikan ombak ketika bersia-siar di Padang Kota Lama, Pulau Pinang hari ini. – Bernama
KUALA LUMPUR: Kejadian ombak besar yang berlaku di beberapa kawasan di Pulau Pinang dan Pulau Pangkor, Perak semalam adalah luar biasa, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip.
Beliau berkata situasi itu terjadi kerana kehadiran bersekali fenomena air pasang besar disebabkan oleh keadaan perigee iaitu kedudukan bulan hampir dengan bumi dan bulan penuh serta angin barat yang bertiup kencang.
“Hujan berterusan serta keadaan laut bergelora yang berlaku di utara Semenanjung disebabkan angin barat yang bertiup kencang dan bertumpu di kawasan berkenaan,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata METMalaysia telah menjangka lebih awal keadaan terbabit dengan mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora di perairan Selat Melaka Utara dan Phuket, Thailand pada 12 Sept bagi tempoh kuat kuasa bermula Ahad lepas hingga hari ini.
Mohd Hisham berkata amaran itu telah dikemas kini semalam dengan tempoh kuat kuasa dilanjutkan hingga Sabtu ini.
“Selain itu, METMalaysia juga telah mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan (WASPADA) pada 13 Sept bagi tempoh kuat kuasa bermula 15 hingga 19 Sept di Perlis, Pulau Pinang, Kedah, dan Perak bagi kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar,” katanya.
Justeru, katanya orang awam diminta supaya sentiasa berwaspada dan mendapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dengan melayari laman web serta media sosial METMalaysia.
Semalam, tular beberapa kejadian fenomena ombak besar yang melanda kawasan antaranya pesisir Pulau Pinang terutama di sekitar Pantai Bersih di Butterworth.
Klip video yang dirakam peniaga di kawasan Pantai Bersih dan di R&R Bagan Ajam serta menularkannya di media sosial itu memaparkan ombak yang memasuki premis perniagaan sehingga menyebabkan kerosakan peralatan perniagaan, namun tiada kecederaan berlaku.
Selain Pantai Bersih dan R&R Bagan Ajam yang popular dalam kalangan penduduk untuk bersantai pada waktu malam, beberapa lokasi seperti Padang Kota atau dikenali sebagai Esplanade turut terjejas apabila air laut melimpah masuk hingga medan selera Medan Renong.
Menerusi video tular, kelihatan pelanggan di medan selera itu bertempiaran lari menyelamatkan diri dan barangan mereka daripada basah manakala peniaga bergegas menyelamatkan barangan perniagaan.
Turut tular ialah beberapa video menunjukkan ombak besar dan bergelora di Pulau Pangkor termasuk di Teluk Nipah, Perak. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked