Connect with us

ALHIJRAH NEWS

MEKANIK MAUT DIHEMPAP KERETA

DALAM NEGARA

MEKANIK MAUT DIHEMPAP KERETA

Foto ihsan JBPM

BAYAN LEPAS: Seorang mekanik maut selepas dihempap kereta dalam kejadian di sebuah bengkel di Jalan Bayan Lepas, Kampung Bukit, di sini, malam tadi.

Mangsa, Muaz Mat Isa,31, dilapor tersepit di bawah kenderaan jenis Proton Exora dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi.

Ketika insiden mangsa dilaporkan bersendirian dan kejadian disedari rakannya yang datang mencarinya di bengkel terbabit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.54 malam.

“Ketika tiba di lokasi, didapati mangsa dipercayai dihempap kereta yang terjatuh ketika sedang melakukan kerja pembaikan.

“Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa,” katanya.

Usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dilapor berjaya dilakukan dalam tempoh kurang lima minit.

“Mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan operasi tamat pada jam 1.05 pagi,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading