HEINEKEN 0.0 keluaran Heineken Malaysia Berhad, syarikat pengeluar arak menggunakan slogan “Now You Can” bagi mempromosikan produk terbaru tanpa alkohol mereka.
Namun yang menjadi persoalannya, kepada siapakah gantinama “you” itu ditujukan?
Secara umum, ia boleh difahami merujuk kepada semua orang, di mana mereka boleh menikmati minuman malt tersebut kerana ia dibuat khusus tanpa alkohol. Umum mengetahui umat Islam dilarang meminum sebarang minuman yang memabukkan.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11 – 12 April 1984 telah memutuskan bahawa semua minuman arak mengandungi alkohol, dan alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis.
Begitu juga sebarang minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
Jadi, apabila ia dipromosi sebagai minuman tanpa alkohol, ramai yang sebelum ini memahami alkohol itu memabukkan, akan berasa sudah boleh meminumnya kerana telah bebas dari bahan memabukkan.
Dengan kata lain, gabungan promosi ‘tanpa alkohol’ dan slogan ‘Now You Can’ boleh membawa pengertian produk ini sesuai untuk semua orang, tanpa mengira agama.
Hal ini boleh menimbulkan salah faham kerana bukan semua pembeli arif dalam bab hukum-hakam dan proses pembuatan minuman ini.
Hanya mereka yang faham konsep Haram Lizatihi (diharamkan syarak sejak awal) dan Haram Lighairihi (haram kerana disertakan perbuatan lain yang haram) sahaja yang mampu memberi hukum kepada fenomena baru dalam industri makanan seperti ini.
Walaupun ia tidak memabukkan, dari segi hukumnya ia tetap haram diminum kerana proses pembuatannya masih lagi dikira tidak menepati produk halal.
Sebagaimana kata Pengarah Pembangunan Jenama dan Komunikasi Heineken Asia Pacific, Maud Meijboom-van Wel semasa pelancaran produk ini pada 20 Jun lalu, Heineken 0.0 dinyah-alkohol melalui proses sulingan vakum dan diadun secara sempurna untuk memastikan rasa asli Heineken.
Dalam kes ini, usaha Jakim yang bertindak pantas mengeluarkan panduan bahawa minuman ini tidak halal menjawab keraguan masyarakat tentang status halalnya sebelum ini.
Satu persoalan lagi yang timbul sekiranya suatu hari nanti Heineken mengeluarkan sejenis minuman halal atas jenama sama, adakah umat Islam akan meminumnya?
Perkara ini memerlukan kebijaksanaan para agamawan supaya berfikir secara proaktif mendepani pelbagai inovasi dalam industri makanan. Umat Islam perlu dididik secara lebih aktif untuk memahami agama secara mendalam, bukan hanya melihat sesuatu perkara dengan pemahaman halal dan haram sahaja.
Dalam banyak kes, taakulan (pertimbangan) saintifik tidak boleh dijadikan alasan kerana kepatuhan kepada larangan dan suruhan itu bersifat ta’abbudi (ibadah dan penghambaan kepada Allah) dan tidak memerlukan dalil.
Hukum yang bersifat ta’abbudi ini tidak memerlukan hujah rasional untuk diikuti bagi mereka yang benar-benar bertakwa. Kepatuhan sebegini dapat menghindar umat Islam dari cepat tergelincir dari landasan agama dalam perkara yang tidak dapat dibuktikan dengan akal dan logik.
Justeru itu, hilangnya alkohol yang memabukkan dari arak tersebut, tidak boleh menjadi alasan ia menjadi halal. Kepatuhan bersifat ta’abbudi juga mendorong umat Islam berfikir ke depan dan lebih berwaspada dalam mengenal pasti perkara yang memudaratkan agama.
Islam melarang umatnya mendekatkan diri dengan industri arak, bukan sekadar melarang meminum arak. Penggunaan produk seperti ini boleh merobohkan tembok sensitiviti umat Islam, di mana mungkin pada suatu masa, mereka berasa perkara biasa dikaitkan dengan produk halal berjenama haram.
Proses normalisasi seperti ini akan menyebabkan hilangnya maruah agama tanpa disedari.
Selain itu, pembelian produk halal atas jenama tidak halal mewujudkan sokongan kepada industri itu sendiri, malah membudayakan gaya hidup orang kafir yang dilarang agama.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
Pingback: Heineken 0.0 tidak halal, hanya untuk orang bukan Islam | ALHIJRAH ONLINE