Penat memikirkan nasib yang menimpa
sebahagian umat Islam kerana sering dijadikan scape goat oleh musuh-musuh Islam demi mempromosikan ideologi
songsang mereka.
Buntu minda untuk memahami kerelaan
dan keinginan sesetengah umat Islam yang berasa megah menjadi kuda tunggangan
golongan yang ingin melihat syariat Islam dan umatnya dirosakkan dari dalam.
Kerakusan tindakan puak sekular,
liberal dan pluralisme yang dilakukan tanpa berselindung untuk melemahkan roh
Islam amat jelas.
Sementara itu, golongan ekstrimis
muslim pula menggunakan retorik yang direka sucikan telah mengkhayalkan dan
memukau pencinta agama melalui propaganda kosmetik kerohanian yang licik dan
mengelirukan.
Namun sebahagian besar umat Islam
seolah-olah masih tidur. Mereka sedar akan kesan dari tindakan puak-puak ini tetapi
masih menafikan ia satu agenda yang terancang secara sulit.
Apakah yang sedang berlaku?
Mungkinkah umat Islam cuba menipu
diri atau sudah tertipu kerana ceteknya ilmu atau keghairahan dalam mencari
pujian, sokongan, kekayaan atau kuasa dari golongan yang mempunyai agenda berskala
besar untuk melemahkan umat Islam?
Mustafa Kamal Ataturk
Sejarah kepincangan gerakan
orientalis dan musuh Islam berwarna-warni dalam cubaan mereka untuk menyesatkan
umat Islam dan menghapuskan roh agama Islam. Ia sudah bermaharajalela sejak
detik kewafatan Nabi Muhamad s.a.w.
Negeri Aceh pernah menjadi mangsa
apabila seorang orientalis menyamar sebagai ulamak. Islam di Turki hampir
terkubur selama 70 tahun akibat mendewakan fahaman sekular ala Artatuk. Umat
Islam yang bersemangat jihad ditipu dan tertarik dengan golongan al-Qaeda,
Daesh dan ISIS.
Apakah maknanya ini? Tidakkah ada
pengajaran yang boleh diambil dari sejarah dan peristiwa seperti ini?
Kalau dalam hal-hal agama umat Islam
masih dapat disesatkan walaupun hadis dan Al-Quran dijadikan panduan, apatah
lagi dalam soal kehidupan harian tanpa sempadan yang dinamik, asimitrikal dan
progresif.
Sikap, budi dan berprasangka baik
umat Islam telah menjadikan mereka lubuk yang kaya dengan kelemahan untuk
dimanipulasi dan dieksploitasi. Hasilnya, minda muslim berfikiran celaru telah berjaya
dibingkaikan sehingga mereka tidak berasa terkesan dengan komplot kejahatan
yang mereka sendiri promosikan.
Masalah seperti ini menjadi lebih
kronik apabila individu dan kumpulan muslim yang bijak pandai, berjaya dan
berkuasa turut sama mengambil kesempatan untuk menobatkan diri sebagai pejuang
hak asasi acuan sekular.
Mereka berasa teruja dan hebat
apabila mempertahankan ideologi dan agenda yang meminggirkan Islam. Sebaliknya,
mereka berasa rendah diri dan hina walau sekadar untuk menjelaskan kesucian
Islam, apatah lagi untuk mempertahankannya.
Dalam proses menegakkan kecelaruan
yang dibawa, golongan ini lebih cenderung untuk meletakkan pencapaian prestasi
keduniaan yang bangkrap nilai dan ketandusan roh agama mengatasi
segala-galanya.
Umat Islam yang lemah iman dan ada
yang berilmu turut menjadi mangsa kelicikan hasutan yang datang ibarat Tsunami.
Pada fikiran mereka, asakan budaya songsang yang sedang melanda adalah terlalu
besar dan hebat untuk ditentang. Maka jalan yang terbaik ialah dengan mengikut
arus badai Tsunami bagi menyelamatkan diri.
Pemikiran liberal yang bertopengkan Islam hanya akan merosakkan pemikiran dan melemahkan kekuatan umat Islam dari dalam. – Foto Google
Dalam ilmu Cognitive Dissonance Psychology, bukanlah satu perkara yang
memeranjatkan apabila massa turut terjebak dalam mendendangkan kekaguman mereka
terhadap sesuatu budaya baharu. Mereka tidak perlu faham apa yang dianuti dan
dilakukan, dan tidak perlu menilai kesan dan akibat dari sesuatu tindakan.
Mereka hanya perlu meniru saranan
dari individu atau kumpulan yang diyakini kerana kehebatan ilmu, kuasa dan
pencapaiannya.
Inilah hakikat kehidupan new normal generasi muda hari ini. Dalam
keadaan mereka kebingungan mencari kebenaran dan kesempurnaan, tanpa disedari
minda dan emosi mereka telah disuntik kewaswasan dan dineutralisasikan dari mengenali
agama Islam yang sebenar.
Siapakah yang perlu dipersalahkan?
Golongan generasi muda yang sedang terpukau atau pemimpin jelmaan Niccolo
Machiavelli yang mengharuskan tindakan tidak beretika demi mencapai matlamat?
Melihat kepada unjuran jumlah
penduduk Malaysia mengikut kaum dalam beberapa tahun ke hadapan, tidak boleh
dinafikan bahawa Malaysia akan menjadi negara yang dikuasai dan didominansi
oleh umat Islam sepenuhnya.
Persoalannya, umat Islam yang berpegang kepada ideologi Islam yang mana satukah akan menjadi penentu retorik politik, mempengaruhi polisi pentadbiran negara dan menguasai budaya kehidupan harian?
*Dr Yahya Mat Som adalah pakar dalam bidang Pembangunan Personal dan Profesional (Cognitive Dissonance Psychology)
PENAFIAN:
Hijrah Online tidak bertanggungjawab
terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan
peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala
risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager