BERBAGAI tekanan dikenakan terhadap
Sultan Hassanal Bolkiah sejak baginda mengistiharkan negara Brunei Darussalam akan
melaksanakan perundangan Islam pada 2013. Tekanan tersebut mencapai kemuncaknya
awal April lepas apabila perundangan tersebut dilaksana sepenuhnya yang
melibatkan beberapa kod penal jenayah. Pelaksanaan terkini melibatkan kes
jenayah zina, homoseksual, rompak dan rogol.
Sultan Hassanal Bokkiah
Bukannya satu perkara yang luar
biasa apabila sebuah negara melaksanakan perundangan Islam kerana kebanyakan
negara di Timur Tengah mempunyai perundangan seumpama. Namun kes Brunei
mendapat perhatian khusus kerana ia merupakan negara Asia Tenggara pertama yang
melaksanakan sistem perundangan yang telah lama berfungsi di beberapa negara
Islam.
Sebagai sebuah negara kecil,
baginda Sultan akur Brunei sentiasa akan terdedah dengan kecaman dan juga
ugutan dari awal lagi apabila masyarakat global mendapat tahu hasrat Brunei
enam tahun lepas. Telahan baginda menjadi kenyataan dan tidak memeranjatkan
apabila tekanan dan ugutan datang secara bertubi-tubi dari berbagai kelompok
termasuk dari komuniti diplomatik, aktivis dan juga perniagaan.
Elton John. Foto internet
Aktivis Hollywood seperti Ellen
Degeneres, Elton John dan George Clooney begitu hebat dengan kempen mereka
untuk memboikot apa saja yang berkait dengan Brunei dengan menggunakan alasan pelanggaran
hak asasi manusia.
University of Aberdeen juga
memprotes tindakan Brunei dengan menarik balik anugerah ijazah kehormat yang dikurniakan
kepada Sultan Brunei pada 1995.
Minggu lepas kerajaan Brunei
mengutus surat kepada Kesatuan Eropah (EU) demi memperjelaskan dalil pelaksanaan
perundangan Islam terutama sekali yang melibatkan jenayah zina dan homoseksual.
Penjelasan tersebut dilakukan ekoran tindakan Parlimen Eropah yang akan
mengusulkan resolusi mencemuh Brunei kerana mengenakan hukuman terhadap dua
jenayah berkaitan homoseksualiti yang dianggap oleh ahli parlimen EU sebagai
tidak berperi kemanusiaan.
Cemuhan itu tidak terhenti setakat
resolusi sahaja kerana beberapa ahli parlimen turut menggesa EU mengenakan larangan
visa dan pembekuan aset milik kerajaan seperti beberapa hotel milik Agensi
Pelaburan Brunei iaitu antaranya The Dorchester, London dan Hôtel Plaza
Athénée, Paris.
Strategi tekanan yang diamalkan
adalah serupa sebagaimana masyarakat antarabangsa cuba memaksa kerajaan Myanmar
menghentikan kekejaman terhadap Rohingya, iaitu dengan memberi tekanan dan
mencemuh Aung San Suu Kyi kerana sasaran itu dianggap sebagai sasaran mudah.
Sebab itu berbagai tekanan
dikenakan terhadap Sultan Brunei dengan cubaan memberi gambaran betapa kejamnya
baginda yang sanggup merejam pelaku zina dan homoseksual dengan batu sehingga
mati.
Sebab itu berbagai tekanan dikenakan terhadap Sultan Brunei dengan cubaan memberi gambaran betapa kejamnya baginda yang sanggup merejam pelaku zina dan homoseksual dengan batu sehingga mati.
Begitu jua dengan mana-mana negara
atau pemimpin yang menyokong perundangan Islam amalan Brunei terutama sekali
negara jiran seperti Malaysia atau Indonesia akan turut dikecam sebagai kaedah
untuk menakut-nakutkan pihak yang berniat menyokong Brunei.
Tetapi sehingga kini Brunei tetap
bertegas melaksanakan apa yang telah dirancang sejak 2013 lagi kerana kecaman,
ugutan dan bantahan diterima dengan hati terbuka bukan sahaja oleh pemerintah
tetapi juga rakyat Brunei. Malah bagi rakyat negara jiran tidak menjadi isu
yang besar dalam pelaksanaan hukum Islam di Brunei.
Jika diambil iktibar ketika wilayah
Acheh, Indonesia mula memperkenalkan perundangan Islam pada 2015, kecaman dari
masyarakat antarabangsa juga turut diterima wilayah yang baharu sahaja melepasi
era pemberontakan ketika itu.
Tetapi setelah empat tahun pelaksanaannya,
bukan sahaja rakyat Acheh dapat menerima kehadiran perundangan sedemikian rupa,
malah masyarakat antarabangsa juga turut akur dengan kehendak penduduk wilayah
tersebut.
Tidak keterlaluan jika ditakrifkan
tentangan terhadap pelaksanaan hukum Islam di Brunei adalah bagai menafikan hak
beragama penduduk satu-satu negara sedangkan yang diperjuangkan oleh kumpulan
menentang ini kononnya untuk mempertahan hak asasi seseorang.
Kemungkinan juga sikap Islamofobia
yang mendorong masyarakat antarabangsa memandang serong terhadap apa sahaja
berkait Islam.
Pada 2017 tiga organisasi hak asasi
manusia Perancis membuat aduan kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC)
supaya menyiasat layanan tidak adil kepada kumpulan LGBT oleh kerajaan Republik
Chechen. Aduan itu berasaskan berlakunya apa yang dipanggil penghapusan
beramai-ramai (genocide) melalui penahanan dan penyeksaan terhadap golongan
LGBT di Chechen.
Apakah mungkin akan ada organisasi hak asasi antarabangsa yang akan membuat aduan kepada ICC terhadap Brunei? Hanya masa akan menentukannya kerana Brunei sebagai negara kecil sentiasa terdedah kepada risiko dibuli.
*Dr Azmi Hassan adalah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.