Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MENTERI AGAMA JALANI PEMBEDAHAN KECIL BUANG KELENJAR AIR LIUR

DALAM NEGARA

MENTERI AGAMA JALANI PEMBEDAHAN KECIL BUANG KELENJAR AIR LIUR

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar menjalani prosedur pembedahan kecil membuang kelenjar air liur yang mengandungi batu karang hari ini.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar menjalani prosedur pembedahan kecil membuang kelenjar air liur yang mengandungi batu karang hari ini.

Mohd Na’im menerusi hantaran di Facebook dan Twitter memaklumkan prosedur itu dijadualkan pada 8 pagi ini.

“Doktor telah buat keputusan supaya salah satu kelenjar air liur dibuang bagi mengatasi kesakitan yang saya alami sepanjang minggu ini,” katanya dan turut memohon doa agar pembedahan itu berjalan lancar selain kesembuhan buatnya.

Dalam pada itu, Mohd Na’im menyeru masyarakat Islam supaya menggandakan amal ibadah sempena Nuzul al-Quran hari ini.

“Kita gandakan amal ibadat khususnya bersedekah dan memberi banyak sumbangan khususnya kepada saudara kita berada di Palestin.

“Semoga Allah SWT memberi perlindungan dan keselamatan kepada mereka daripada terus dicerobohi serta dibunuh oleh rejim Israel,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading