MENTERI LUAR LIGA ARAB BERMESYUARAT BINCANG KONFLIK ISRAEL-PALESTIN

Gambar fail perjumpaan Menteri-Menteri Luar Liga Arab. – AFP

MOSCOW: Menteri-menteri luar Liga Arab akan mengadakan mesyuarat luar biasa di Kaherah, Mesir, pada Rabu untuk membincangkan mengenai konflik Israel-Palestin, lapor Sputnik.

Diplomat tertinggi itu akan berusaha untuk meneroka kaedah politik dan diplomatik yang boleh dilaksanakan oleh negara-negara Arab dan masyarakat global dalam menangani konflik berkenaan. — AlHijrah Online

Leave a Reply