DALAM NEGARA
MENU SISWA RAHMAH PADA HARGA RM3.50 DI IPTA, POLITEKNIK
KPT sentiasa menyokong dan berusaha membantu pelajar miskin terutama golongan B40 agar pelajaran mereka tidak terganggu disebabkan masalah kewangan dan kesempitan hidup.
KPT sentiasa menyokong dan berusaha membantu pelajar miskin terutama golongan B40 agar pelajaran mereka tidak terganggu disebabkan masalah kewangan dan kesempitan hidup.

BANGI: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperkenalkan Menu Siswa Rahmah, dengan hidangan pada harga RM3.50 di 20 universiti awam (UA) serta semua politeknik di seluruh negara.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, inisiatif itu bakal memanfaatkan 320,000 mahasiswa daripada keluarga B40.
Beliau berkata, KPT sentiasa menyokong dan berusaha membantu pelajar miskin terutama golongan B40 agar pelajaran mereka tidak terganggu disebabkan masalah kewangan dan kesempitan hidup.
“Saya ingin menyatakan bahawa pihak KPT telah mendapat komitmen penyertaan IPTA 20 IPTA termasuk politeknik, yang melibatkan sebanyak 235 gerai, pelbagai gerai dalam pelbagai universiti yang kita tawarkan makanan pada harga RM3.50” katanya.
Menurutnya lagi, langkah ini dapat membantu menangani kos sara hidup yang tinggi terutama dalam kalangan mahasiswa daripada keluarga berpendapatan rendah.
Beliau berkata demikian selepas meninjau pelaksanaan inisiatif Menu Siswa Rahmah di Kafeteria Randau Rasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), siang tadi.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Menu Siswa Rahmah itu dapat disediakan berikutan pihak universiti awam tidak mengenakan kos penyewaan gerai kepada peniaga, membabitkan kos RM3 juta setahun di universiti awam dan RM700,000 setahun di politeknik.
Sementara itu, rata-rata mahasiswa lega apabila Menu Siswa Rahmah dengan hidangan RM3.50 diperkenalkan sekali gus menjimatkan kos makan dan minum mereka setiap hari.
Menurut mahasiswa di UKM, Muhammad Amir Luqman, inisiatif ini dapat meringankan beban para pelajar.
“Jadi bila ada Menu Siswa Rahmah ni ia menjadi jawapan kepada mahasiswa untuk mendapatkan makanan dengan harga murah dan kurang sikit bebanan kami” katanya. –AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Polis mengesahkan identiti semua lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di Long...
325 individu ditahan membabitkan 270 lelaki dan 55 perempuan berusia antara 18 hingga 56 tahun ditahan...
Sebuah kereta dalam perjalanan dari arah Rompin menghala ke Kuantan terbabas sebelum merempuh sebuah pokok, dua...
Helikopter perkhidmatan doktor udara (Flying Doctor Service) membawa 5 penumpang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang,...
Peniaga lelaki bertaraf OKU mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah atas pertuduhan beraksi dan berpakaian...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)
Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.