Mesir beri visa umrah kepada rakyat Palestin

Sejak 2014, rakyat Palestin menghadapi kesukaran menunaikan ibadah umrah melalui laluan Mesir. – Foto dari Saudi Gazette

PALESTIN, 5 Mac – Kira-kira 800 jemaah Palestin memasuki Mesir dari Genting Gaza untuk menunaikan ibadah umrah setelah pihak berkuasa Mesir memberikan visa kepada penduduk Gaza bagi tujuan tersebut untuk kali pertama sejak tahun 2014.

Kumpulan jemaah itu meninggalkan kediaman masing-masing sekitar waktu subuh.

Manakala sejumlah bas menunggu di sempadan Mesir untuk membawa mereka ke lapangan terbang Kaherah.

Menurut seorang pegawai Palestin di lintasan Rafah, pintu sempadan yang menghubungkan Gaza  dan Mesir berkata, dari sana, mereka menaiki beberapa penerbangan ke Mekah.

Namun, 15 daripada 800 jemaah Gaza itu tidak dibenarkan menyeberang lintasan Rafah.

Pasukan keselamatan di Mesir mengesahkan bahawa ini kali pertama kebenaran sedemikian diberikan sejak Kaherah melancarkan operasi ketenteraan di utara Sinai pada tahun 2014.

Sebelum ini, kira-kira 2,500 jemaah Palestin dibenarkan meninggalkan Gaza melalui Mesir bagi tujuan mengerjakan ibadah haji pada setiap tahun.

Leave a Reply