Kem Shufat diserang Israel
BAITULMAQDIS, 6 Mac – Berpuluh-puluh penduduk Palestin yang mendiami kem pelarian Shufat termasuk pelajar sekolah mengalami sesak nafas selepas terhidu gas pemedih mata dilepaskan tentera Israel semalam.

Jurucakap pergerakan Fatah di Shufat, Thaer Fasfous berkata, tentera Zionis menyerbu kem pelarian terbabit ketika penduduk bergegas keluar ke sekolah dan tempat kerja.
Sinar Harian memetik laporan agensi berita bahawa tindakan tentera Israel itu menyebabkan ramai penduduk sesak nafas, manakala pelajar sekolah mengalami serangan panik.
Tambah Fasfous, kebanyakan pelajar tidak sempat mengikuti sesi pembelajaran di sekolah akibat operasi tentera tersebut.