Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Zionis serang Gaza

DUNIA

Zionis serang Gaza

BAITULMAQDIS, 6 Mac – Pesawat Israel melancarkan beberapa siri serangan terbaru menyasarkan lokasi di utara Semenanjung Gaza, semalam.

Jurucakap tentera Israel dalam satu kenyataan berkata, serangan berjaya memusnahkan beberapa pos kawalan milik pergerakkan Hamas.

Israel melancarkan serangan terbaru ke atas semenanjung Gaza. – Foto Sinar Harian

Bagaimanapaun, tiada laporan kematian susulan serangan itu.

Tambah kenyataan itu, serangan dilakukan sebagai tindak balas selepas penduduk Palestin menerbangkan ‘belon letupan’ ke wilayah diduduki Israel.

Kenyataan agensi berita yang dipetik oleh Sinar Harian menyebutkan penduduk Gaza menghantar belon berisi bahan letupan ke selatan Israel sejak beberapa bulan lalu selari dengan bantahan mingguan dan pertempuran yang berlaku di sempadan.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading