Israel mahu tukar Bab Al-Rahma kepada kuil yahudi

Israel nekad mahu rampas kembali Bab Al-Rahma daripada rakyat Palestin. – Foto Al-Quds Foundation Malaysia

BAITULMAQDIS, 6 Mac – Pertubuhan Rumah Ibadat Yahudi semalam menyeru supaya Bab Al-Rahma dirampas kembali  untuk dijadikan kuil yahudi, lapor Al-Quds Foundation yang memetik agensi berita Arab48.

Menurut laman berita agensi tersebut, pertubuhan itu juga menyeru supaya ditubuhkan badan pengurusan yahudi di salah satu pintu masuk masjid Al-Aqsa.

Seruan itu dilakukan selepas penduduk Palestin kembali memasuki kawasan Bab Al-Rahma di masjid Al-Aqsa dan menunaikan solat di sana untuk kali pertama setelah lebih 15 tahun ia ditutup oleh pihak Israel.

Menurut Arab48, Pertubuhan Rumah Ibadat Yahudi menekankan pentingnya mengambil langkah-langkah bagi merubah identiti masjid Al-Aqsa agar mereka dapat  memastikan masyarakat yahudi sentiasa berada di sana dan menyanggah dakwaan pemilikan umat Islam ke atas tempat suci tersebut seterusnya menegakkan kedaulatan ‘negara’ Israel ke atas masjid Al-Aqsa .

Bagi tujuan jahat di atas, Israel akan kerahkan para yahudi untuk menceroboh masjid Al-Aqsa pada hari Khamis dalam usaha untuk memasuki Bab Al-Rahma dan merampasnya daripada umat Islam.

Leave a Reply