Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

Pakistan halang kapal India daripada memasuki perairannya

DUNIA

Pakistan halang kapal India daripada memasuki perairannya

Ketegangan antara Pakistan dan India dikhuatiri menjadi semakin parah. – Foto Sinar Harian

ISLAMABAD, 6 Mac – Ketika ketegangan kekal tinggi antara Pakistan dan India, Islamabad menahan sebuah kapal selam India daripada memasuki perairannya semalam.

Perkembangan itu berlaku beberapa hari selepas pertempuran udara  antara kedua-dua negara.

Jurucakap tentera laut Pakistan berkata, tindakan ‘lembut’ tersebut diambil sejajar dengan dasar kerajaan iaitu untuk mengekalkan perdamaian.

Bagaimanapun beliau tidak memberikan butiran lanjut  berkenaan tarikh dan lokasi kapal selam itu ditahan.

Tentera laut Pakistan juga mengeluarkan rakaman video berkaitan kapal selam tersebut yang dirakam dalam mod hitam dan putih.

Manakala pihak berkuasa India belum memberikan sebarang respon berhubung perkara itu.

Ia adalah insiden pertama seumpamanya sejak 2016 apabila Pakistan berkata,  ia ‘mengusir’ sebuah kapal selam India jauh dari perairan negara itu.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading