Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MKN NAFI LAKSANA PKP DI KEDAH

DALAM NEGARA

MKN NAFI LAKSANA PKP DI KEDAH

KUALA LUMPUR: Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan yang tular di media sosial berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kedah bermula esok sehingga 31 Jan ini.

Menerusi muat naik di Facebook MKN, mesej yang disebarkan melalui aplikasi Whatsapp itu adalah palsu.

Pemakluman berita palsu itu turut dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pada 11 malam tadi.

Sehubungan itu, MKN meminta orang untuk tidak menularkan maklumat tidak sahih, yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran awam.

Terdahulu, pelaksanaan PKP di Kelantan dan Bahagian Sibu, Sarawak telah bermula semalam sehingga 26 Januari berikutan peningkatan kes positif COVID-19.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading