MUHYIDDIN AKAN KEMUKA SD AHLI PARLIMEN SOKONG BELIAU SEBAGAI PM
SHAH ALAM: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengemukakan akuan bersumpah (SD) daripada ahli Parlimen hari ini, bagi membuktikan bahawa gabungan itu mempunyai jumlah yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu. — Bernama
SHAH ALAM: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengemukakan akuan bersumpah (SD) daripada ahli Parlimen hari ini, bagi membuktikan bahawa gabungan itu mempunyai jumlah yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
Muhyiddin berkata dakwaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa BN tidak pernah berunding dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memberikan persetujuan penubuhan kerajaan bersama PN, tidak menghalang PN untuk membentuk kerajaan melalui sokongan daripada ahli Parlimen.
“Kalau ada ahli Parlimen yang membuat keputusan untuk menyokong saya, itu hak ahli Parlimen bersandarkan perlembagaan negara. Perlembagaan kata seseorang yang mahu menjadi perdana menteri mestilah mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Parlimen iaitu (sekurang-kurangnya) 112 kerusi,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Bersatu, di sini semalam.
Beliau juga menjelaskan bahawa Akta Anti Lompat Parti tidak menghalang mana-mana parti walaupun bukan daripada PN sendiri untuk menyokong beliau sebagai perdana menteri.
“Mereka tidak keluar daripada parti tetapi mereka secara individu sebagai ahli Parlimen hatta daripada Bebas sekalipun boleh menyatakan sokongan kepada saya. Itu tidak menyalahi Akta Anti Lompat Parti,” katanya.
Terdahulu, Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua ketua parti politik dan gabungan parti politik yang mendapat jumlah kerusi yang banyak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), memaklumkan kepada Istana Negara mengenai gabungan parti dan menamakan calon perdana menteri yang dipersetujui untuk membentuk kerajaan baharu sebelum 2 petang, Isnin.
PRU15 semalam menyaksikan Pakatan Harapan (PH) memperoleh 82 kerusi Parlimen, PN (73), BN (30), GPS (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam), Parti Warisan (tiga) dan masing-masing satu kerusi untuk Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) selain dua calon Bebas yang menang.
Majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan adalah 112 kerusi. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked