KUALA LUMPUR: Prihatin dengan kesukaran dihadapi masyarakat ekoran penularan COVID-19, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meluluskan RM34.13 juta, khusus membantu kelompok terjejas di Wilayah Persekutuan.
Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Syed Hussien AlHabshee berkata menerusi misi #MusaadahCOVID19 digerakkan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), MAIWP sebelum ini turut meluluskan 10 bentuk bantuan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan 18 Mac lalu.
Katanya, antara insiatif terbaru bagi meringkankan beban rakyat ketika ini adalah pengecualian bayaran yuran tadika Islam dan taska asuhan kanak-kanak di bawah MAIWP.
“Terdapat 79 Tadika Islam MAIWP di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan dua taska asuhan iaitu Taska Darul Hannan.
“Pengecualian bayaran bulanan April hingga Jun ini akan memberi manfaat kepada hampir 6,000 ibu bapa dengan impak kewangan hampir RM1 juta,” kata Syed Hussein dalam kenyataan di sini hari ini.
Pengerusi MAIWP itu berkata 10 bantuan lain digerakkan MAIWP meliputi pembayaran Bantuan Kewangan Bulanan Bulanan Mac diawalkan dari 25 Mac ke 19 Mac berjumlah RM9.67 juta kepada 24,196 asnaf dan penyaluran Bantuan Zakat Khas Tambahan berjumlah RM500 kepada penerima yang sama pada awal April 2020 bernilai RM12.1 juta.
Bantuan terbabit turut membabitkan bantuan peralatan pernafasan kepada tujuh hospital bernilai RM3.27 juta; bantuan makanan harian kepada petugas hadapan hospital, pelajar dan penghuni institusi perlindungan berjumlah RM49,000 dan bantuan 100 set bantal dan tilam bagi Pusat Khas Gelandangan dengan jumlah bantuan RM15,000.
MAIWP juga memberikan bantuan Zakat Kecemasan kepada yang terjejas pendapatan dengan peruntukan sebanyak RM3 juta; bantuan Facemask, Termometer dan Hand Sanitizer menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bernilai RM5.05 juta; bantuan kepada Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH) bernilai RM50,000; bantuan kepada pelajar Wilayah Persekutuan di Mesir bernilai RM20,000; dan bantuan kepada Yayasan Kaseh Kanser & Kronik sebanyak RM20,000, katanya.
“Selain itu, MAIWP menerusi Skuad Jejak Asnaf Baitulmal juga turut turun padang membantu keluarga terputus keperluan harian dan perbelanjaan akibat PKP antaranya membantu dua keluarga di Kampung Melayu Kepong pada 31 Mac lalu,” kata Syed Hussein. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests