NAJIB DIMASUKKAN KE HKL SEBAGAI KES ELEKTIF, BUKAN KECEMASAN – KKM
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Jumaat lalu, sebagai kes elektif dan bukan kecemasan untuk memastikan kesihatannya berada pada tahap yang baik dan optimum.
PUTRAJAYA: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Jumaat lalu, sebagai kes elektif dan bukan kecemasan untuk memastikan kesihatannya berada pada tahap yang baik dan optimum.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataan hari ini, berkata pemeriksaan dan ujian berkaitan telah dijalankan oleh pakar-pakar perunding kanan bertauliah yang terdiri daripada ketua-ketua perkhidmatan klinikal bagi bidang masing-masing.
Beliau berkata pihak HKL telah mengadakan sidang keluarga (family conference) sebanyak dua kali yang dihadiri oleh Najib dan ahli keluarganya dengan keputusan ujian-ujian dimaklumkan mengikut amalan professional kedoktoran.
“Mereka juga telah dimaklumkan mengenai keputusan sebulat suara pakar-pakar perunding agar beliau (Najib) dibenarkan untuk didiscaj daripada HKL,” kata Dr Noor Hisham bahawa keadaan Najib adalah sihat sebelum dibenarkan discaj dari HKL.
Beliau turut memaklumkan bahawa jenis-jenis ubat yang dipreskrib untuk Najib semasa kemasukan wad adalah yang sama jenisnya dan dalam senarai ubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
Ketika Najib dilaporkan dimasukkan ke HKL, laporan memetik hantaran anak perempuan Najib, Nooryana Najwa, di Instagram, bahawa bapanya mengalami sakit perut ketika menjalani hukuman di Penjara Kajang.
Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib, atas kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Dilaporkan hari ini perbicaraan kes Najib bagi pertuduhan menyeleweng RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Mahkamah Tinggi disingkatkan kerana tekanan darah beliau berada pada tahap tinggi dan berbahaya berikutan pertukaran ubat yang diberikan untuk merawat masalah ulser dalam perutnya.
Nooryana Najwa dalam satu hantaran di Instagram miliknya hari ini berkata ayahnya telah menjalani ujian kolonoskopi pada Sabtu lepas dan doktor menemui beberapa ulser baharu di dalam perutnya.
Katanya, doktor di HKL membuat biopsi yang menyebabkan pendarahan dan beberapa ulser terpaksa dipotong untuk menghentikan pendarahan.
Dr Noor Hisham berkata KKM komited dan telus dalam pemberian perkhidmatan kesihatan kepada mana-mana individu, namun pada masa yang sama mempunyai tanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).
“Sebarang maklumat terperinci mengenai kesihatan seseorang pesakit boleh dikemukakan kepada mahkamah sekiranya diarahkan mahkamah,” katanya. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests