Connect with us

ALHIJRAH NEWS

NEGERI SEMBILAN UMUM CUTI PERISTIWA ISNIN INI

DALAM NEGARA

NEGERI SEMBILAN UMUM CUTI PERISTIWA ISNIN INI

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan Isnin (14 Ogos) sebagai cuti peristiwa untuk Negeri Sembilan, berikutan kejayaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berucap ketika hadir di pusat Perhimpunan Keputusan Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Klana Resort hari ini. –fotoBERNAMA

SEREMBAN: Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan Isnin (14 Ogos) sebagai cuti peristiwa untuk Negeri Sembilan, berikutan kejayaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN), memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

“Hari Isnin ialah cuti peristiwa bagi Negeri Sembilan,” katanya ketika berucap pada majlis meraikan kemenangan calon kedua-dua gabungan itu, di sini malam ini.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, selain ratusan penyokong yang bersama-sama meraikan kemenangan itu.

PH dan BN berjaya membentuk kerajaan negeri dengan PH memenangi 17 kerusi manakala BN 14 kerusi. Perikatan Nasional (PN) memenangi lima kerusi di negeri itu. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading