NENEK DAN BAPA DITUDUH BUNUH KANAK-KANAK OKU

GOMBAK: Seorang nenek dan bapa didakwa di Mahkamah Majistret Selayang, atas pertuduhan membunuh cucu saudaranya yang juga orang kurang upaya (OKU) berusia lima tahun, di sini, akhir bulan lepas.

Ipzuma Ambo, 55, warganegara Indonesia, dituduh membunuh cucu saudaranya, Qaseh Nur Qalesya Roza Iskandar, di rumah di Kampung Sungai Chinchin, dekat sini antara 12.01 pagi 28 Disember dan 8.10 malam 30 Disember tahun lepas.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, atau hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh sejurus pertuduhan dibacakan terhadapanya di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.

Dalam masa yang sama, bapa mangsa, Roza Iskandar Mardi, 34, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikan anak perempuannya sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada tubuh badannya, di Mahkamah Sesyen.

Tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori didapati melakukan kesalahan tersebut di tempat sama di antara 1 Januari dan 30 Disember tahun lepas.

Bapa tersebut didakwa di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan boleh dihukum di bawak seksyen sama, yang memperuntuk tidak melebihi RM50 ribu atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin menetapkan wang jaminan RM8,000  kepada Roza berserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan tempat tinggal pada 1 haribulan setiap bulan hingga kes selesai dan dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan.

Kedua-dua mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 18 Februari ini.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa disepak dan ditendang sehingga usus pecah oleh suspek sejak tinggal bersama pada 2017.

Mangsa ditemui tidak disedarkan diri oleh ibu saudaranya di rumah mereka di kediaman mereka, pada 7 malam 30 Disember lalu, sebelum menghubungi ambulans.—AlHijrah Online

Leave a Reply