NGO PERLU DAFTAR DENGAN PKOB BAGI SELARAS BANTUAN BANJIR – POLIS KELANTAN
“Apa yang kami mahu agar mereka berdaftar terlebih dahulu bagi mengelak pertindihan. Kami bukan menolak bantuan dan amat mengalu-alukan kedatangan mereka cuma ia perlu diselaraskan supaya semua tindakan berjalan dengan lancar,”
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun (tengah) melihat bungkusan kit makanan yang disumbangkan oleh Pengurus Besar Econsave Toh Sharin (kiri) dan Wakil Penyelaras Sektor Korporat ATP Food Malaysia Azmi Mohamed (kanan) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan untuk diagihkan kepada mangsa banjir pada majlis penyerahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan hari ini. –fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Polis Kelantan menasihatkan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar berdaftar terlebih dahulu dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) negeri sekiranya ingin menghulurkan apa jua jenis bantuan kepada mangsa banjir.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata tindakan itu adalah bagi memudahkan penyelarasan dilakukan selain mengelak sebarang pertindihan tugasan.
Beliau berkata kehadiran NGO dari luar dengan kepakaran masing-masing amat diperlukan tetapi ia perlu diselaraskan agar kesemua tindakan yang dilakukan lebih sempurna.
“Dalam Mesyuarat PKOB yang dijalankan hari ini kami dapati banyak NGO termasuk dari Kuala Lumpur, Johor dan Perlis yang menyatakan kesudian hadir untuk membantu.
“Apa yang kami mahu agar mereka berdaftar terlebih dahulu bagi mengelak pertindihan. Kami bukan menolak bantuan dan amat mengalu-alukan kedatangan mereka cuma ia perlu diselaraskan supaya semua tindakan berjalan dengan lancar,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.
Terdahulu,Muhamad Zaki menerima sumbangan pelbagai barangan keperluan asas seperti alat kebersihan diri, lampin pakai buang dan barangan makanan kering daripada Econsave dan ATC Food Sdn Bhd untuk diagihkan kepada mangsa banjir di negeri ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata pasukan polis juga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekiranya ada mangsa yang ingin membuat sebarang laporan.
“Kami tahu ada mangsa yang enggan meninggalkan rumah kediaman mereka kerana bimbang diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.
“Di sini kami ingin nyatakan ada anggota polis membuat rondaan di kawasan dinaiki air dan mereka tidak perlu bimbang. Sekiranya mereka enggan berpindah dan paras air semakin meningkat mungkin akan membahayakan nyawa mereka sendiri,” katanya.
Dalam perkembangan sama, polis juga menyediakan 60 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan 70 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi pascabanjir.
Katanya kesemua anggota ini akan membantu kerja-kerja pembersihan terutamanya di rumah ibadat dan sekolah yang terjejas. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager