Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NGO, PERSATUAN DILARANG AKTIVITI PERHIMPUNAN HINGGA 30 JUN- ROS

DALAM NEGARA

NGO, PERSATUAN DILARANG AKTIVITI PERHIMPUNAN HINGGA 30 JUN- ROS

KUALA LUMPUR: Semua pertubuhan dilarang mengadakan program, aktiviti, persidangan, perhimpunan dan mesyuarat agung sehingga 30 Jun ini selaras dengan arahan dikeluarkan oleh kerajaan berikutan penularan COVID-19. 

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) dalam kenyataannya hari ini berkata, larangan itu terpakai kepada setiap peringkat pertubuhan termasuk cawangan-cawangan di seluruh negara.

“Arahan khas yang dikeluarkan ini adalah selaras dengan kuasa-kuasa Pendaftar di bawah peruntukan Seksyen 3A, Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335],” kata ROS dalam kenyataan. 

ROS berkata, sekiranya sehingga tarikh 30 Jun, wabak COVID-19 dalam situasi meruncing maka pertubuhan perlu mengemukakan permohonan kepada ROS untuk pertimbangan bagi perlanjutan tempoh tarikh awal yang telah ditetapkan.

“Permohonan perlanjutan adalah bertujuan untuk mengelakkan penyalahgunaan oleh pertubuhan berdaftar ke atas undang-undang tubuh pertubuhan serta Akta 335.

“Diharapkan segala usaha dan langkah pencegahan yang dilakukan oleh kerajaan akan dapat membantu mencegah penularan COVID-19 dan sekali gus melindungi rakyat Malaysia daripada wabak itu,” kata kenyataan itu

Kerajaan kini giat melaksanakan usaha mencegah penularan wabak penyakit itu yang diisytiharkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai pandemik pada 11 Mac lalu ekoran peningkatan kes di seluruh dunia, termasuk Malaysia. 

“Selaras dengan itu, beberapa arahan telah dikeluarkan oleh kerajaan termasuk semua perhimpunan termasuk mesyuarat diarahkan untuk ditangguhkan atau dibatalkan bagi suatu tempoh tertentu,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading