NORYATI TAIN ATAU ‘MAK CIK PETIR’ MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Pelakon, Noryati Taib atau popular dengan gelaran ‘Mak Cik Petir’ menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.45 pagi tadi.

Pemergian wanita itu dimaklumkan anaknya, Faizul Hafiz Hashim di akaun sosial Facebooknya.

“Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan mama saya telah meninggal dunia pada 1.45pagi sebentar tadi.

“Saya minta jasa baik anda semua mendoakan semoga Allahyarhamah di tempatkan dikalangan orang yg beriman,” katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, jam 10 pagi.

Menurut laporan, pada September 2017, Noryati pernah kritikal dan dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) apabila mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Beliau juga diuji dengan penyakit diabetes dan pernah menjalani pembedahan akibat penyakit itu. — AlHijrah Online

Leave a Reply