OIC ADAKAN MESYUARAT TERGEMPAR BERKAITAN ISU PALESTIN PADA ISNIN – SAIFUDDIN
“Mesej pertama yang nak disampaikan ialah tamatkan apa yang sedang berlaku, kedua kita gesa negara-negara OIC dan masyarakat antarabangsa untuk label Israel sebagai negara aparteid.”
KUANTAN: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) akan mengadakan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif badan itu bagi membincangkan isu membabitkan kekasaran Israel terhadap umat Islam Palestin di Masjid Al-Aqsa pada Isnin ini.
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Abd Razak Abdul Wahab akan mewakili negara pada mesyuarat itu yang berlangsung di Jeddah.
“Mesej pertama yang nak disampaikan ialah tamatkan apa yang sedang berlaku, kedua kita gesa negara-negara OIC dan masyarakat antarabangsa untuk label Israel sebagai negara aparteid.
“Kita amat dukacita dan kesal dengan kekejaman Israel, perlakuan kasar mereka keterlaluan terhadap masyarakat Palestin sejak Jumaat lepas dan masih berterusan,” katanya dalam sidang media pada Majlis Iftar dan Ramah Mesra Bersama Orang Kurang Upaya (OKU) Parlimen Indera Mahkota hari ini.
Sabtu lepas, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan tentera Israel ke atas penduduk awam dan Jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa.
Saifuddin berkata beliau telah menulis surat rasmi kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Setiausaha Agung OIC, Setiausaha Negara Amerika Syarikat dan Setiausaha Luar United Kingdom untuk mendapatkan bantuan bagi menghentikan keganasan Israel.
“Saya juga telah menghubungi Menteri Luar beberapa negara yang kita jangka boleh membantu hentikan segera tindakan zalim Israel ke atas umat Islam yang hanya ingin beribadah di Majis Al-Aqsa,” katanya.
Beliau memaklumkan turut menghubungi Menteri Luar Palestin Riyad al-Maliki dan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh pada Ahad lepas secara telesidang serta menyampaikan solidariti Malaysia kepada Palestin yang dibalas dengan ucapan terima kasih kedua-dua pemimpin.
Saifuddin turut memaklumkan jenazah pelajar jurusan pergigian Universiti Alexandria Mesir Husna Solehah Mohd Salleh, 21, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Malaysia di Kaherah hari ini.
Pelajar tahun tiga dari Kelantan itu sebelum ini dimasukkan ke Hospital Elite, Alexandria pada 7 April lepas dan dirawat di Unit Rawatan Rapi akibat tuberculosis atau tibi sebelum meninggal dunia semalam.
Saifuddin juga berkata pejabat Parlimen Indera Mahkota akan menubuhkan Unit OKU dan kumpulan sukarelawan pengamal bahasa isyarat bulan depan bagi membantu golongan itu mendapatkan bantuan sewajarnya.
Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan kepada 50 OKU untuk persiapan raya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests