KUANTAN: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memaklumkan semua masjid dan surau di Pahang dibenarkan untuk melaksanakan solat Jumaat dan solat fardu secara berjemaah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta PKP Diperketatkan (PKPD).
Pengarah JAIP, Datuk Dr Zulkifle Ali berkata, kebenaran itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurutnya kebenaran itu berkuatkuasa 30 Jun 2021.
Had kehadiran jemaah adalah sehingga 100 orang untuk solat Jumaat dan sehingga 12 orang untuk solat fardu mengikut kategori masjid dan surau.
“Solat Jumaat di masjid negeri dan daerah jumlah jemaah asas dibenarkan adalah seramai 100 orang. Dibenarkan menambah bilangan jemaah solat Jumaat dengan mengemukakan permohonan dan keupayaan kawalan oleh pihak masjid.
“Solat Jumaat di masjid kariah jumlah jemaah asas yang dibenarkan adalah seramai 50 orang, manakala solat Jumaat di surau kebenaran Jumaat jumlah jemaah asas dibenarkan seramai 12 orang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jumlah jemaah asas solat fardu di masjid negeri dan daerah, masjid kariah, surau kebenaran jumaat dan surau adalah seramai 12 orang.
Bilangan jemaah solat fardu boleh ditambah dengan mengemukakan permohonan.
“Untuk kawasan PKPD Bersasar atau Hotspot, solat Jumaat dibenarkan dengan bilangan jemaah seramai 12 orang dan digalakkan menunaikan solat Zohor sebagai langkah berhati-hati (ihtiati) keluar dari khilaf.
“Solat fardu berjemaah dibenarkan dengan bilangan jemaah seramai empat orang sahaja,” katanya
Kehadiran jemaah adalah mengikut kaedah yang ditentukan pentadbiran masjid atau surau dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang ketat.
Dalam pada itu JAIP turut menyenaraikan kategori individu yang tidak dibenarkan hadir ke masjid dan surau antaranya bukan warganegara Malaysia, bukan ahli kariah, imam dan khatib dari luar negeri Pahang, individu bergejala, jemaah di bawah umur 12 tahun dan warga emas berumur 75 tahun dan ke atas.
Selain itu, aktiviti berkumpul sebelum dan selepas solat, jamuan, majlis ilmu dan majlis akad nikah adalah tidak dibenarkan. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.