PALESTIN DIBERI HAK URUSAN POS

RAMALLAH: Palestin mengumumkan Kesatuan Pos Sedunia (UPU) semalam mengiktiraf hak untuk urusan pertukaran pos ke seluruh dunia melalui Jordan tanpa sekatan, menurut laporan Xinhuanet.

Kerajaan Palestin berkata dalam satu kenyataan akhbar lewat Khamis berkata, majlis mesyuarat UPU di Bern memutuskan memberi Palestin hak pos percuma.

Pertukaran dan pengumpulan bayaran pos bagi destinasi akhir sebelum ini dikutip Israel sejak 1995.

Menurut kenyataan itu, Majlis Mesyuarat UPU akan menyokong perkhidmatan pos Palestin melalui projek-projek pembagunan.

Palestin diberi status pemerhati oleh UPU sejak 1999 di mana membenarkannya menerima surat secara langsung. Pada 2008, mereka diberi hak mengumpulkan pendapatan berkaitan urusan surat menyurat.

Bagaimanapun, sektor pos Palestin sehingga kini perlu melalui rejim Israel. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply