NATO KECAM SERANGAN REJIM SYRIA, RUSIA DI IDLIB

BRUSSELS: Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg hari ini mengecam serangan dilancarkan rejim Bashar al-Assad dan sekutunya, Rusia di barat laut Syria, Idlib.

Stoltenberg juga menggesa serangan itu dihentikan segera, kata jurucakap NATO, Oana Lungescu kepada agensi berita Anadolu.

Beliau juga meminta rejim Syria dan Rusia untuk menghormati undang-undang antarabangsa dan menyokong proses damai PBB.

“Dengan mengurangkan tekanan, semua pihak boleh mengelakkan situasi dahsyat dan krisis kemanusiaan menjadi teruk,” katanya.

Sekurang-kurangnya 29 tentera Turki terkorban dan 36 yang lain cedera dalam serangan udara rejim Bashar di Rusia semalam. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply